Thursday, April 7, 2016

TTC JOURNEY 1 : Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Morning ladiesss…

Hari ni nak cerita tentang macam mana I pergi dapatkan treatment for infertility di Hospital Kuala Lumpur.  Anyway i kahwin dah 2 tahun lebih. sebenarnya setahun lebih pun dah boleh try kat HKL ni.Ni cara I buat.

1.       Call bahagian klinik infertility HKL tanya bagaimana proses dan borang semua tu.
2.       Dapatkan referral letter daripada klinik kesihatan.
3.       Buat call lagi skali untuk dapatkan appointment data.
4.       1st kaunseling atau perjumpaan pertama.


Mula2 call mereka akan cerita lah apa yang diperlukan..So, mereka cakap kena dapatkan referral letter dulu. Then I pun trus pergi klinik kesihatan Sungai Dua Pulau Pinang. FYI I dan Suami long distance relationship. Sorang duk KL sorang kat Penang memandangkan I study USM sampai tua. I selalu balik time subur. Tapi masih juga period. Tak lekat2 juga. Stress pun ada. Dekat klinik kesihatan Sg. Dua tu memang tiptop. I tunggu giliran jumpa doc x sampai setengah jam pun. Doctor kat sana memang best. And staff nurse dia pun semua best. Jarang nak tengok muka masam mencuka. That’s why I selalu pergi sana. Sebab I sukeee.. bila masuk bilik doc, mereka akan tanya, yaa puan,.ada apa masalah (very soft spoken). I pun cakap la, doc boleh ke sy dapatkn referral letter untuk sy dapatkan infertility treatment kat HKL. Sebab kalau referral letter kat swasta akan menjadikan treatment kita kat HKL tu mahal. So pergi saja klinik kesihatan kerajaan. Doc akan sangat memahami. So dia keluarkan surat and tanya sikit2 sejarah period, kekerapan dengan suami dll. Doc tnya sikit2 saja. Dalam tu siap doc tu tulis “help her until successfully conceived”.
Sebaik dapat referral letter tu I call HKL (infertility clinic) untuk buat appointment. Actually mereka tak galakkan call untuk appointment. Mereka prefer kita p sendiri. Nak buat camna. I kat penang time tu. Suami pulak kerja. Kalau lambat2 buat appointment, lagi lah lama nak dapatkan tarikh. Tapi boleh je call for appointment. Nurse HKL tu memang best. Tak banyak songeh. Siap gelak2 lagi. So I dapat tarikh dalam 28hb Mac 2016. Nak jumpa first appointment tu ambil masa sebulan dua gitu la. Nurse siap pesan nak 28hb tu bawak referral letter dan sijil kahwin.


28hb Mac 2016

Pergi HKL cari klinik reproduktif. Mula2 tergagau jugak. I mula2 pergi bahagian O&G. mereka check appointment dalam buku. Eh eh x ada pula. Dia kata betul ke I ada buat appointment. I cakap betul. **blur kejap*.. pastu nurse tu tanya hari tu call cakap dengan siapa. Aiyakkk camno den nak ingat. Bukan pernah jumpa or tanya nama. So I pun teringat reproduktif klinik..pastu dia oooo…jap saya cuba call sana check nama awak. So mereka check ada. So I pun pergi lah klinik reproduktif. Sebelah O&G tu. Masuk sana bagi surat referral tu. Tapi tak sempat nak fotokopi sijil nikah. Nurse tu mengusik haii awk dah bagi masa sbulan dua tu banyak dah tu masa. Boleh cakap tak sempat. Eh pandai pulak nurse ni gurau. Tapi kt mart HKL tu ada je tempat fotokopi. Untung bawa. Oh ya klinik reproduktif tu kecil aje. And jangan segan sebab tak ramai pun orang. Ada la dalam 5 6 orang. Semua senasib saja. Jadi tak ada segan pun.. Bukan kita sorang je nasib camni.
Dah bagi sijil nikah dan surat rujukan tu mereka ukur BMI (mujur tak lebih 30) . Oh ya fertility klinik HKL tak ambil patient BMI lebih daripada 30. BMI i 26. suami pun okay. I disarankan turun berat  (bmi 24)lagi sebab jika BMI I lebih 30 mereka tak boleh terima kes I lagi. And once I makan clomid (ubat hormone ) otomatik I akan gemuk or naik berat badan..glurppp….itu nurse tu cakap lah…
Pastu dia bagi borang suh pergi ambil darah husband and wife. Tunggu turn ambil darah pun tak lama. Masa tu dalam pukul 11.45. sekejap saja. Nurse yang ambil darah tu pun friendly. Senyum and tanya. First time eh? I sengih hehe..tua2 pun takut. Tempat ambil darah tu bangunan O&G. alah O&G dengan klinik fertility sebenarnya sebelah aje. Jalan 2 3 minit sampai. Dah siap ambil darah pergi balik klinik infertility tu. So nurse akan kaunseling and explain treatment kita. 1-6 bulan kita akn dibekalkan ubat clomid and try secara natural. Jika dalam tempoh tu gagal juga, mereka akan bagi IUI sebanyak 3x. kalau tak Berjaya juga baru diteruskan dengan ICSI (canggih sikit dr IVF). Yang peliknya tak ada pula kitorang kena bayar masa pendaftaran tu or buka fail. Free saja. Cost IUI 1 cycle rm5. Total Cost ICSI 1 cycle dalam 5k lebih. So far itu explanation dari nurse tu. Nanti nurse tu akan tanya sejarah kita, period, kekerapan, penyakit dll.
Ok setel explain semua tu, nurse tu kasi beberapa borang.

1.       Ujian darah (hormone level: :LH,FSH, prolactin dll) perlu ambil hari ke-2 or ke-3 period.
2.       Ujian darah (progesterone) cycle day 21
3.       FBC (blood count) blh buat skali ujian darah di atas.
4.       Sperm test.
5.       Appointment date dengan doc (ambil masa 2 3 bulan)

Oh ya, siapa yang belum buat pap smear. Perlu buat dulu.

Yang menjadi masalahnya aku kat penang. Letih mak jemah nak balik setiap minggu ulang alik gitu. Aku cuba nasib tanya dekat klinik kesihatan sg.dua. So masa aku period hari kedua aku pergi klinik kesihatan tu. So mereka cakap tak pasti boleh atau tidak tapi tak apa. Jumpa doc dulu ya. I tunggu 15min and masuk jumpa doc. Ish ish ish.. kenapa semua doc kat klinik kesihatan sg.2 ni bagus2 ya? Ya…apa masalahnya itu (sambil senyum). Aku cakap la doc boleh sy ambil ujian darah blallala hari kedua period? So dia cakap utk LH, FSH tu kita buat kat sini. Kalau yang lain saya perlu confirm dulu sebab biasa kita hantar pergi GH (Hospital Pulau Pinang). Aku dah lah tak kenal jalan pergi GH. Sebab tu pergi Klinik Kesihatan. So doc tu pun cakap tak apa sebentar saya cuba call makmal. Bila dah habis call doc tu cakap ok boleh tapi pagi sahaja before 10am. Sebab nanti kita akan hantar darah awak pergi GH. Result maybe 1-2 weeks. So doc tu buat note kat nurse appointment blood test keesokan pagi tu. I pergi buat appointment. Done.! Keesokan I buat blood test (period day 3 dengan FBC). After settle I pergi klinik ibu anak (bangunan sebelah) untuk tanya pap smear. Tak payah buat appointment pun. Dia cakap bila2 saja boleh buat. Ok cantik!. 18hb April I pergi pap smear. Semua RM1 je (pendaftaran). Ambil darah pun rm1 (pendaftaran). Kalau swasta kalau tak silap dalam 100 lebih. Pergi je klinik kesihatan. Service bagus. Nurse friendly. Doc pun very helpful. Bukan kena tunggu lama pun. Dulu I pun ada tanggapan negative dengan hospital government or klinik kesihatan (sebab pernah kena nurse masam mencuka, doc jenis tak endah). Tapi yang HKL and klinik kesihatan sg.2 penang memang tip top. Soal appointment lambat tu standard lah. Nama pun kerajaan. Murah. Tapi kualiti dijamin.

After settle blood day 2 period,pap smear, fbc, I tunggu ambil darah cycle day 21 pada 26hb april 2016 sekali dengan sperm test suami. After semua tu complete baru mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dengan doc. Nanti doc akan baca report kita. Oh ya HSG tak buat lagi sebab kena check dulu sperm suami. So far itu saja. Nanti apa2 I akan update yer…


Kawan I ada pernah suruh pergi LPPKN. Cost utk IUI almost 2k sekarang. Itu dah termasuk HSG, blood test, sperm test dll. LPPKN tak payah tunggu lama nak appointment. 

....bersambung....adiosss...xoxo~

Friday, February 14, 2014

Ketinggalan Flight!

Once upon a time when i looked like a makcik!

Well, hari ni aku nak cerita sikit pasal menaiki kapal terbang. Agak jakun aku nak cerita. Tapi percayalah..berapaka kali pun aku naik, aku tetap lupa bagaimana prosedurnya. Iyalah, setiap kali aku naik flight aku just follow kawan aku jer. So aku kepala otak melayang2 time kt airport. Everytime kat airport macam tu. Tujuan aku tulis tentang ni sebab aku sendiri nak take note. Aku ni pelupa orangnya. Selama ni aku travel ke sana sini memang mudah. Ada kawan kan??? So now aku nak cerita pula, dulu aku selalu book firefly. Sebab aku tinggal di dungun, jadi flight terus ke Terengganu tak ada, jadi aku naik firefly penang-kuantan (1jam 5 minit perjalanan). Standard hargalah..dalam RM80-100 camtu je. Tak mahal pun. Kemudian, dari kuantan aku ambil bas ke dungun (3jam perjalanan). So, tak perlu naik bas duk asyik tingtong and take time for 10hours or more.
Aku adalah manusia yang sangat clumsy dan cuai. Kalau without kwn aku, aku pasti ngam2 je tiba di airport. Kalau ada kawan aku, 2 jam die dh tercegat kat airport tu. So, aku tak akan lewatlah. Baru2 ni, aku burn 3 tiket flight KL-penang. Damn! Tahu kenapa?sebab aku kan suka buat suka suki..ikut hati.hahaha. suami aku dah bising. Membazir. Buang duit je. Dia tak bagi aku naik flight lagi.
Aku bukannya orang kaya sgt nk naik flight ke mana2 aku nak pergi..oh no no no…~aku Cuma tak nak gaduh dengan org bas. Iyalah aku ulang alik KL-penang sangat kerap. Dia ambil aku di shah alam memandangkan rumah tak jauh sangat pun dari sana. But, service die hampeh! Aku nak cakap, selain bas transnasional dan SP Bumi, aku tak pernah jumpa dah bas yang on time. Contoh, tiket jam  8.15. bergerak dari stesen 9.30. sampai ke klang dalam 10 lebih..ting tong sana sini akhirnya sampai jam 5 petang..gila lama ! aku maki2 dalam hati. setiap kali naik bas aku akan gaduh dengan orang. So sebab tu lah aku TERPAKSA naik flight.
Flight yg paling bagus aku naik adalah MAS. Service bagus and everything sgt teratur. 2nd service yang paling bagus ialah  Firefly. Yeeelahh..firefly kan anaknya MAS. jadi harga dia taklah semurah air asia. Dijadikan cerita, baru2 ni aku nak balik jumpa suami aku. Dia cuti awal sempena raya cina. Aku ni sebab dah selalu naik firefly sangat, aku tiba di airport penang ngam2  1 jam before boarding time. So aku nak pegi check in. you know, there is no one there.hahaha..aku nampk kat skrin..Counter close.huh?? aku dengan muka2 blur lg igt “takkan tak buka lagi??” (punyalah bengap). Aku merayau sana sini. Dah 45 min bfore boarding. Then aku rasa pelik, aku pegi tanya staff..mereka cakap,.kaunter dah tutup dari tadi dah cik..glurrpp…ottookeee…aku nak balik gila time tu..menangis2 aku sorang kat situ tertinggal flight..aku call semua kawan aku time tu but no one answer. Mayb malam raya cina,.all people getting tired of fireworks. Maybe they are having sleep on early night.  Waduhhh..teksi pulak rm30. Dah la aku datang flight pakai teksi. Pergi pun teksi, balik pun teksi. Pokai beb.!bukan jauh manapun~ staf air asia kata aku boleh naik flight paling awal jam 5 pagi kaunter buka. Tapi kena bayar penalty. Adoiyai..duit lagi. Tapi aku tak boleh sabar. Sebab suami aku tunggu aku beb!dia siap masak lagi and tak makan dari siang sebab nak tunggu aku balik and makan sama2. Sebak aku nangis2. Mekap pun habis cair.hahaha. kalau aku bayar penalty and tunggu kat sana sampai jam5 aku pun seram. Bukan ramai orang mcm kat LCCT. Aku tetap nak balik jugak. Tak mahu harap flight dh.lantaklah..bukan tak biasa burn tiket.
Dengan duit yang tak berapa ada, aku call teksi buat rayuan sikit rm25 lah..so dia kesian and kasi kurang. Dia kata after jam 12mlm memang harga lain..huhuhu…aku pulak sengal, pergi ambil flight last sapa suruh. Ni semua laki aku la ni. Nak ambil flight awal takut dia kerja, tak dapat ambil pulak.
Dengan muka seposen aku naik teksi pegi terminal bas pulak. ada bas tambahan ke shah alam. Macam biasa ar..tiket jam 12.30 gerak pukul 2.30..ohh nak pitam aku. Aku call husband aku bebel2…dia cakap jangan banyak songeh…nak balik usm ke??ada bas tu bersyukurlah..aku dengan penuh sebak didada duit ngam2 soi je bawak. Burn tiket flight lagi. Bayar 2x teksi. Bayar tiket bas lagi. Macam2 berlaku. Aku serik untuk lambat..wuaahh..sedih beb. Tuhan je tahu…tapi akhirnya aku sampai juga Selangor jam8.30 pagi. Alhamdulillah. Aku pun dah tak nak ingat dah hal semalam. Aku pun gembira balik…
Now. Aku bertolak dari KL-penang pulak. tapi yang syioknya macam jakun pulak aku ni..ye lah. Selama ni orang lain yang tolong buat itu ini. Sekarang I’m alone. Aku dtg 1jam30min awal. Aku nak check in kaunter. Yang syioknya…asyik salah kaunter and muka blur. Memalukan betul . tapi aku kan muka tebal..no worry.. so last kaunter aku pegi dia ckp eh awak tak boleh check in sini. Kalau check in kaunter awak kena bayar. I asked. How much?? RM10. Kalau tak mahu awak self check in. but u have 13 min from now~ gilakk!!! Aku berlari untuk self check in..senang gila..sebenarnya aku dh belajar dari kesilapan hari ni. Mulai hari ini aku dah tak nak bergantng pada sape2.
Aku dah pandai naik air asia. Mudah je!
1.       Self check in system. Masukkan ic je.klik3.. Nanti terus keluar boarding pass. Yay!!kalau aku yg selalu lambat ni boleh juga online check in kemudian print boarding pass dia. Mudah!!
2.       Drop luggage. Bawak doc and Ic tadi pegi kaunter drop luggage. Kalau tak ada, .boleh terus ke balai perlepasan. Tunggu naik kapal je..!kan aku dh ckp mudah!!
3.       Sampai airport penang, ambil bas rapid no.401 to sungai nibong (sebab nak balik usm). Then dari sungai nibong ambil bas to sungai 2. Pastu dah sampai usm!
4.       But for those yang nak ke destinasi lain dan tak tahu mcm mana, ambil jer bas ke komtar.! Kat komtar tukar bas. Kau nak ke mana2 dalam penang ni pun boleh!

 Mudah kan?? Aku jer jakun dan pelupa! Selama ni asyik harap kaunter check in aje. Rupanya……..ada benda lain yang lebih mudah! Ahahaha..jakun sgt..!

AVON Ultra Colour Absolute Miniature Size Review!


So, Last time, i bought Avon Lipstick Miniature. So tiny and so cute. I cant defense my self to stop buying it!
I purchase only RM 6.90. Very cheap. Actually i do more like miniature size so i can wearing it any color in everyday. I wont buy a real size, coz i still have many lipstick on my table so i wont spent money for buying the actual size which is RM 19.90 per stick. I was easier to get bored when i wearing some make up. So for those who wanna looked different in everyday,..purchase it NOW!! it may took 2 month only to finish off all shades color.

There were 10 color shades. All was nice color. It glides on lip easy. But i think it's not too long lasting for those who always used her mouth to eat (like me). I prefers girls who loves eating to wear a tint lipstick so it stayed more longer rather than lipstick. But, this color really absolutely nice and awesome! I fell in love! Really!!!! I never tried any colour except pink, light red and peach. But now i tried all colour included purple..HAHA.. i looked different and awesome!!


Its so tiny.! cute! I cannot resist! and also very cheap! SO, marilah beli. Murah. Jimat. Boleh tukar warna tiap hari. Campur2 dah bahasa aku. 



N200 Plush Plum
N06 Soft Raspberry
N304 Gorgeous Guava
N203 Smooth Plum
N301 Creamy Melon
N402 Bare Ruby
N400 Red Velvet
N101 Ripe Rose
N04 Radiant Poppy
N500 Caramel Comfort


N500 is a nude colour. Korang akan nampak pucat kalau pakai. Tapi kalau heavy mekap mata, its nice pakai nude lipstick. The most awesome colour is N400 Red Velvet. warna dia oren bila pakai. sangat cantik.! Nampak very fresh and young. Ah ye lah tu..

Have a nice day and joy with the colour. Selamat Mencuba!
  



Sunday, December 8, 2013

Bajet untuk Petunangan. (PROJEK 31.03.13) SIRI 2


Kali ni aku nak share tentang mekap. Ok,. Actually aku mekap sendiri saja. But actually it was not as beautiful as it shown in the picture I uploaded.hahhaha.. Itu aku mekap saja. Nak buat macam mana. Kena edit la sikit2 baru lawo sikit. Kalau siapa ada DSLR korang boleh edit dengan lebih mudah sebab kalau edit nak zoom atau edit resolution ia lebih mudah berbanding kamera biasa. Kau tak pandai ambil angle pun tak apa. Janji jangan bergegar sudah. Tapi aku syor kan supaya korang belajar ambil angle yang betul.

Ini aku nak share sikit sebelum pertunangan. Perkara yang patut diingatkan adalah perbincangan antara kedua keluarga sangatlah penting sebelum majlis tu bermula. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Bagi aku,.aku lebih suka untuk clearkan semua perkara sebelum majlis itu bermula bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku. But,. It depends on person lah. Kalau aku lebih suka pada jalan selamat sebab kedua family belum pernah bertemu lagi..asalnya nak buat risik dulu baru tunang.. tapi biasalah orang tua..nk mudah aje. Hoho XOXO…
Ini step aku.

1.     Bincang dengan si dia dengan teliti. Apa yang kau kena cakap dengan mak apak kau. Apa yang aku kena cakap ngan mak apak aku. So, masing2 kena bincang dengan detail dengan family masing2.

2.  Kemudian pihak lelaki akan call pihak perempuan bincang apa yang patut. Sembang ke apa2 sajalah termasuk bila nak datang, berapa orang nak datang, siapa nak dtg dll. Depends lah…

3.    Bila semua dah on. Tarikh dah ada,.mulakan projek mencari barang hantaran dan cincin. Tapi jangan lupa, bila bersembang dengan keluarga masing2 please put the lowest expectation pada keluarga si dia. Dan juga kita. Supaya masing2 tak terkejut sangat bila bertembung dengan keluarga masing2. Tapi ianya mudah kalau kedua keluarga saling kenal sebelum majlis tunang,

4.       Bila semua dah ready, kena ready duit lah untuk majlis tu.



Majlis aku selepas zohor tapi si dia sampai awal pulak. Kelam kabut aku nak mekap apa semua. Nasiblah dipermudahkan semua urusan. Selepas orang tua berbincang apa semua, bacaan doa, kau akan dipanggil untuk sarung cincin. Bagi yang ada pelamin, bolehlah feel pengantin sekejap. Hehe. Ketaq kaki lutut aku time tu. Dah sarung cincin, ambil gambar sikit2. Pastu dah boleh makan. Sambil makan sambil sembang. Kemudian beransur pulang. It was too easy if he/she was really your partner and meant to be together. Then, just prepared yourself untuk hadapi dugaan alam pertunangan. Yang penting jaga adap bertunang. INGAT..! bertunang ok. Belum berkahwin. Jadi tak boleh gatai2 lagi eh…Belum sah jadi laki bini lagi bedah oi.


MEKAP

Nak tahan pakai kroylan. Memang tahan lama. Aku ceduk sikit kawan aku punya. Pastu rajin buat research untuk mekap yang cute , cantik dan menawan. Tebal pun tak apa. Cantik dalam gambar.

GAMBAR.
Kamera biasa pun boleh. Kau editlah pakai photo make up editor nanti. Terus muka macam artis uollss… Edit semua gambar dan pergi cuci. Beli album satu RM15 kat maydin. Cantik., tapi advantage bagi yang ada DSLR. Tak pandai ambil tak apa. Jangan kelam atau gelap dan jangan bergegar. Atau kau nyesal bila tak boleh previous masa.


Anything just keeps calm and relaxes. Jangan fikir mendalam sangat. Everything just let it goes by wind. Insyaallah dipermudahkan urusan. 

REVIEWS : MY BLUSHER


Hari ni aku nak review sikit pasal blusher yang aku selalu pakai. harap maaflah blusher yang aku pakai ni tak lah mahal. Yang aku mampu jer lah aku review. Yang aku tak mampu, korang lah tolong review kan. Ok.. So, i had 5 blusher and different colour shade. Ada 5 jenis blusher yang aku nak review. Actually bukan semua blusher. Ada juga highlighter.

1. Clinique fresh bloom allover colour (01 peony)
2. Silkygirl blush hour (03 flashing rose)
3. IN2IT waterproof blush ( 09 envy)
4. IN2IT sheer shimmer blush (01 pink pear)
5. Smashbox light up (blush trio 2 )

So,.. let's started!!!!

1. Clinique fresh bloom allover colour (01 peony)

Ini adalah highlighter. Bukan blusher taw. Tapi nak guna jadi blusher pun boleh. Warna peach sikit dan ada kalanya macam kaler oren. But it is nice looking when u applied. Nampak sangat glowing pipi kau nyah..haha. So, highly recommended kalau kau jenis suke kilat2 sikit pada muka. Aku dah lupa harganya. Tapi tak sampai RM30 ringgit pun. Aku beli travel pack dekat laman web best buy malaysia. Try lah. Kat laman web tu ada barang yang bagus dan mostly original walaupun cinonet ajer.. Cuma kalau nak tahan lama, make sure pakai blusher bagi ada warna dulu then adding this highlighter. Try it! u;'ll look glowing.



2. Silkygirl blush hour (03 flashing rose)

Next, brand silky girl. Mungkin aku tak berapa sesuai memakai warna ini atau aku memang tersilap beli atau aku pun tak tahu di mana silapnya. Harganya tak sampai RM 15 pun. Mula2 kau pakai memang cantik. Natural looking. But for me, it not long lasting. Aku pakai dalam 2 jam je habis flash out. Kene tenyeh tebal2 baru lambat sikit hilang. Teksturnya juga agak powdery atau berdebu. So, aku tak berapa suka dan not recommended. But, u can try it if u want. Tak siapa halang. Mungkin ia bagus untuk sesetengah orang. But for me, i dont like it and i dont want to buy it anymore..fufufufu....=p



3. IN2IT waterproof blush ( 09 envy)

Brand ni agak bagus. Blusher agak tahan lama. warnanya juga cantik. Long lasting blusher. Tapi kalau kau pergi mandi tenyeh2 air sana sini memang tak waterproof lah. Tapi memang agak tahan lama terutama bila pakai gelap sikit. Aku suka light2 saja. Tapi ianya memang lambat flash out. very recommended. Harganya pun tak mahal. Time aku beli kalau tak silap cuma RM12 ringgit jer. Tapi produk ini bagus. I'll buy it next time.


4. IN2IT sheer shimmer blush (01 pink pear)


Alright, this colour is very shimmer. Boleh juga nak jadikannya highlighter. Warnanya juga cantik. Ia boleh jadi blusher atau eyeshadow. Dua2 pun boleh dan kalau nak pakai di sudut dalam mata (inner corner) pun cantik. Nampak berkilat sedikit berbanding produk lain. But recommended. Tapi i used it as highlighter sebab ianya memang berkilat. Aku tak suka over. Pernah kawan aku cakap macam cekodok sebab over use. haha. So, next time kalau aku rajin aku tunjukkan bagaimana rupanya yang berkilat itu. some ppl like some may not. suka suki korang lah. depend on citarasa masing2.. Produk silky girl dan IN2IT aku beli kat Watson dan Guardian saja. Hoho.



5. Smashbox light up (blush trio 2 )

Very nice colour. 3 different shade colour. Warnanya amat tahan lama. Kau pakai sikit pun dah lawo cik kiah...Gojes sangat. Highly recommended. Aku beli kat ebay. RM 60 kalau tak silap. Kat sephora KL tak silap aku RM80. Colek sikit dah nmpak kaler die. Aku dah jatuh hati. Long lasting blusher. Pakai sikit pun dah naik warnanya. yg paling cerah tu highlighter. 2 lagi tu blusher. 2 tahun pakai pun tak habis. Aku colek sikit2 aje. memang sangat gojes. Tahan lama. Silakan mencuba.


Alright.. Thats all for my reviews. Thats for viewing my blog. Next time jemputlah baca lagi. Selamat Mencuba !!!! XOXO~~

Saturday, November 16, 2013

Bajet untuk Petunangan. (PROJEK 31.03.13) SIRI 1



Ollahhh...lama aku tak meng'update' blog yg semakin usang ini.. Sebenarnya ini gambar lama. Buat tatapan pada diri sendiri. Actually bagi aku majlis pertunangan ni sebenarnya janganlah dibuat besar-besaran sangat. Buat ikut kemampuan dan syarak. Sebab,.pertunangan itu harus dirahsiakan dan perkahwinan harus dihebahkan. Hidup perlulah mencari keberkatan.

Masa aku bertunang dulu. Aku tak hebahkan pada sesiapa kecuali teman yang rapat sahaja. Aku rasa insecure bila hebah sana sini. Yelah...kawan aku yang duk asyik tayang sana sini kekasih and tunangnya last2 putus jugak. Malu jugak. Lagipun jangan ditayang sangat dosa tu terutama di facebook. Selagi belum jadi suami isteri, jangan nak sebuk2 bersayang2an sangat..Orang lain baca pon blh menyampah cik jah.....

Back to My old story, pertunangan ni kami buat untuk 100 orang tetamu saja. Al-maklumlah kecoh sangat pun buat apa. Kalau aku nak kahwin nanti aku kecohkan ok. Plan asalnya nak family saja. Aku kat penang pun tak buat apa persiapan pun. At last masa nak balik baru family aku tanya itu ini. Kalut la oiiii....Mak aku ni kawannya ramai. Ayah aku pun sama. SO,...kalau ajak sorang, mesti yg tak diajak tu kecil hati.. Penyudahnya ramai pulak yg diajaknya... Tambah keluarga dari pihak lelaki yg seramai 17 orang. So,.dalam 100 lebih kot aku agk lah...Semuanya last minute punya kerja. Aku ingatkan majlis tu merisik saja. Tapi kene jadi risik dan tunang sekali. Kalut malut aku dibuatnya.

Ini senarai yang aku sempat buat :

Hantaran Perempuan untuk lelaki :

Baju tunang : RM 79 (Butik First Lady).

Veil : RM 10 (mana2 pun kau blh cari)

Tudung/selendang : Free (kawan aku sedekahkan).=p

Make up : RM 100 (nanti aku cerita ttg mekap) - beli product and mekap sendiri.

Bajet kenduri : RM1100

Pelamin : tak sempat buat

Bunga tangan : RM 4.90 (Beli sejambak artificial bunga pastu gubah sendiri).

Hantaran : Sejadah dan kain pelikat (romate aku bg sumbangan);buah (RM20);biskut dan coklat (ihsan dari romate aku juga.);kain mahal untuk nikah nanti (ihsan dari mak aku yg cantik). Sireh junjung (jiran aku kasi, tunggu aku gubah jer)....

Sewa Par dan Alas : RM3x7dulang= RM21

Bunga Artificial dll untuk gubahan hantaran : RM 20

Crown dll yang berkaitan : RM 15.90 (kat Maydin)

Hantaran Lelaki untuk aku pula : 

Bajet perjalanan keluarga lelaki : RM1000 (laki aku tanggung sume T.T) Ini termasuk tol, minyak, makan di perhentian dll cost.

Hantaran : Buah RM20; Kain Pasang RM25; Coklat RM20; Tepak sireh (pinjam jiran dia jer)..

Gubahan Hantaran : RM 250.

Cincin Risik dan tunang : RM 290 (belah rotan; risik)..RM470 cincin tunang (beli kat poh kong).

KCINGGG....!!!!!

Jumlah Lelaki : RM 2075
Jumlah perempuan : RM 1370.80

Jumlah bersih : 3445.80

Actually pihak lelaki mahal tang kos perjalanan dan barang kemas jer. Tu sampai beribu juga. Kalau korang nak, korang boleh aje cut cost. No problemosss....Ini berdasarkan bajet aku je lah. Kalau korang nak buat besar2ran its up to you..Bagi aku tunang ni is not big deal. yang penting kahwin tu..Very2 big deals....so, Ini kami buat atas kemampuan kami....Oh ya, Jangan lupa ambil gambar ya...!













Sekian Saja. Gambar malas nak upload banyak2. Aku pun tak sempat sangat nak bergambar...Alhamdulillah...semuanya sudah selesai...

P/s : Buat ikut kemampuan, sebab kita tak tahu sampai bila kita akan hidup senang. Jadi belajarlah berjimat..=p

Monday, April 15, 2013

Mari Membasuh berus mekap!

Hari ini aku begitu lapang!Oleh itu,aku dengan seronoknya mencuci berus mekap. Yelah..da mekap orang masa konvo tu kena cucilah bersih2 bagi mengelakkan kuman atau sebarang perpindahan bakteria. yeehee...
Berus yang aku selalu pakai bila nak pergi mana2 ialah ecotools. Ia sangat smooth and best! Korang ladies patut cuba satu. Gerentilah korang suka~Boleh cari di Shines.Gitu lah kot ejanya. Untuk mekapkan orang aku pakai MAC brush. Aku beli set terus. Tapi aku ni bukan rajin sangat nak mekap!cett

Ok!Let's start~
Kau kena ada :
Syampu : Aku pakai pentene
Pure cream/oil : Aku pakai shea butter
Bekas nak cuci.

1.



2. Colek syampu sikit dengan sheabutter and twist sikit kat tangan. Tenyeh2 supaya kotoran hilang.


3. After siap, cuci sebersihnya dengan air biasa. Jangan terbalikkan berus, nanti gam pada tangkal tu boleh tertanggal kena air.

Tarrraaa......DONE!!ok bye!