Thursday, October 21, 2010

Tiada Satu Pun Kepunyaan Kita

Saat kita menangis kecewa kerana kehilangan sesuatu, terasa seperti sangat menyakitkan. Seperti hati itu luka berdarah. Dan kita mula bertanyakan kepada takdir, "mengapakah nasibku begini??"Seringkali kita lupa bahawa apa yang ada di dunia ini bukanlah milik kita walau satu barang sekalipun. Sungguhpun kita merasakan ia milik kita, tetapi sebenarnya tidak. Tiada suatu pun milik kita. Sedarilah hakikat itu..Kerana..Semuanya adalah milik Allah. Dia hanya meminjamkan seketika kepunyaanNya kepada manusia. Dan Dia berhak mengambilnya kembali. Siapa kita yang mempersoalkan apa yang terjadi atas suatu kehilangan?Dalam hidup tidak akan terlepas daripada merasai suatu kehilangan, pemergian, dan sebagainya. Segalanya adalah takdir yang tertera dalam Lauh Mahfuz masing-masing. Setiap yang pergi adalah kerana allah mahukan kembali barang yang telah dipinjamkan kepada makhluk.

Bersyukur saja allah memberi pinjaman yang berupa pelbagai nikmat. Kadang-kala manusia sering melupai apakah tidak cukup allah memberi kita nikmat?Sekali allah mengambil kembali kita mula melatah dan tidak menilai bahawa sebelum ini berapa banyak nikmat allah beri. Harus diingati bahawa setiap pemberian allah perlu disyukuri. Apa yang tiada jangan dikesali, jangan dirunguti, sesungguhnya allah tahu keperluan hambaNya. Jika Dia mahu mengambil kembali, berkemungkinan Dia mahu beri hambaNya pengganti yang lebih baik. Hanya manusia yang beriman yang mampu merasai kasih-sayang allah.

Betapa besarnya kasih tuhan kepada hamba tanpa hamba itu sedari. Sayangnya allah pada kita hingga beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya tetapi baru saja allah menguji dengan mengambil kembali hakNya, kita mula melebarkan lidah menaruh syakwasangka kepada allah..Renungilah diri ini. Sebagai insan, hanya yakin dan percaya bahawa allah itu WUJUD. Dia maha mendengar apa saja yang di omongkan oleh hambaNya. Yakinlah bahawa allah bukan pekak untuk mendengar setiap rintihan dan tangisan. Tetapi Dia sayang sayang dan sayang sangat kepada hambaNya. Sebaliknya hambaNya meletakkan kasih sayang makhluk mendahuluiNya. Sekali allah ambil,.....

Bicara Hati : Biarkan apa yang telah kita hilang. Kerana apa saja yang hilang bukan patut ditangisi. Tetapi belajar bersyukur dengan apa yang ada di masa depan. Jangan selepas hilang baru meratapi. Jika sekalipun kehilangan, anggap saja allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk hamba (atas dasar kasih sayangNya pada hamba) dan setiap suatu kehilangan pasti ada pengganti. Percaya sajalah walaupun jarak masa itu lama. Tidak kiralah yang hilang itu berupa barang, orang, atau apa saja. "Patah tumbuh hilang berganti". Jangan ambil tugas allah untuk meramal masa depan. Sebaliknya berusahalah  tika ini untuk kehadiran masa depan.

Wallahualam....Sekian