Saturday, December 25, 2010

Aib Itu Umpama Aurat!


Astaghfirullahhalazim..........(mengucap panjang aku)............
oh! bukan kerana gambar gejala sosial yang terpampang di atas. Tetapi kerana apa yang telah ku lihat sebentar tadi. Agak mengejutkan. Hampir lemah jantung aku. Sedang asyik melayari "you tube" tiba-tiba aku terlihat satu video. hehe.....sudah semestinya bukan video lucah. Tetapi agak terkejut jugalah. Tajuknya "Himpunan Tangkap Basah". Eh..Eh...Jangan salah faham. Bukan aku nak pergi tengok media yang tak berfaedah. Biasalah, lain yang dicari lain yang keluar.Tapi agak melampau. Kalau bab2 aksi pelik-pelik tu aku malas lah nak tgk. Tapi yang aku nak cakapkan ialah melampau dari segi video itu.

Ok..WHY??kerana setiap manusia pernah buat salah. Menipu sangatlah kalau tak pernah buat salah. Sedangkan wali yang mulia itu pun pernah khilaf, apatah lagi kita ni sebagai umat yang diselubungi dosa dan noda. Yang buat maksiat tu satu hal. Yang pergi cekup pun satu hal. Ok.."Si Pengupload video tu patut kena tegur sedas dua das. Mana tak nya, menyebarkan video itu atas dasar "amar makruf nahi mungkar". 

Ok FINE....Amar makruf nahi mungkar. So, fahamkah apa itu amar makruf nahi mungkar? Yang pergi upload video tu amar makruf nahi mungkar??Sama seperti mengaibkan orang. Aib itu seperti aurat. Ia perlu ditutup. Yang mengecewakan, ramai yang suka membuka aib sendiri untuk menunjukkan "bahawa tidak eloknya aku dulu. Tapi sekarang aku sudah berubah.". 

Aku : Biasalah semua manusia pernah wat salah...
si ABC : yup...memanglah...aku pun pernah wat salah...
Aku : macamlah kau sorang pernah wat salah. Takdek manusia yang takdek pernah wat salah beb.,..aku pun ada salah silap...yang penting kite diberi kesempatan untuk bertaubat. Jadi bertaubat...
si ABC : hurm...yer2...aku dah insaf...dulu aku pernah dating ngan pakwe aku sampai tk hengat dunia..
Aku : hurm....Adat orang bercinta memang sering terbabas kalau tak hati2..
si ABC : Dulu masa bercinta aku siap naik moto lagi ngan pakwe aku. Siang malam berkepit jer...yerlah...dulu aku jahil...
Aku : Oh...!(mcm tak minat nk tahu)
si ABC : Tapi sekarang aku dah insaf..dulu memang aku ske r pkai baju seksi2..tapi lepas aku dapat hidayah, aku tinggal sume zaman jahiliah aku. Biasalah...zaman muda2..darah muda...
Aku : Hurm...janji dah insaf...and kalau boleh kite digalakkan simpan saja rahsia buruk2 tu sendiri. Biar jadi rahsia kita dan tuhan.
si ABC : Aku bukan apa...Semua orang cakap aku baik. Tapi padahal aku tak lah baik sangat. Dulu cam minah rempit jer aku..Jahil semacam jerk...Aku tak nak lah hipokrit...
Aku : Eh...Tak dek la..bukan hipokrit. Baguslah kalau semua orang fikir kau baik. Memang kau baik pun.
si ABC : Tapi aku pernah buat salah...kire tak baik gaks lar...
Aku : Setiap anak adam ada perhitungan dengan syaitan. Itu perjanjian syaitan dengan allah iaitu menyesatkan anak-anak adam. So, masa tu lah dia guna untuk menyesatkan. Dosa pula berlaku secara sedar atau tak...
Tak payahlah terlalu memikirkan yang belakang. Nanti terbabas dihadapan. Simpan saja aib..Tak elok..Sedangkan allah menutup aib hambaNya, naper kite senang2 nak pergi buka. Bukan soal hipokrit atau tidak, atau nak terus buat salah, tetapi hati manusia ni sape2 pun tak boleh duga. Tuhan saja maha mengetahui. Sebab...mana nak tahu kite cite buruk2 tentang kita, persepsi dia terhadap kita pun berubah. Malah dibimbangi timbul pula aib dan fitnah. Yang lepas jadikan saja penyesalan dan pengajaran. Jadi tak payahlah cite sangat..Tak best lah.,..

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berbalik kepada penyebaran video daripada kes-kes tangkap basah atau khalwat ker, atau apa-apa yang berkaitan lah. Suka hatilah nak buat apa kat blog, facebook atau suka-suki lah. Tapi kalau nak tulis cite supaya bagi pengajaran, silalah blurkan wajah sampai orang tak boleh cam muka dia!..Tentang video itu, mula-mula rakam dulu si couple2 ni buat apa. Then, datang bagi salam and tanya, dah kahwin belum. Memang semua tak kahwin lagi seperti yang aku agak lah.
Ini,...siap tanya, siapa nama, ic berapa, tinggal kat mana, ni siapa? dan macam2 lagi la. Kamera lak fokus dekat muka tanpa sekat2. Nasib diorang tu tak berang pelangkung tukang rakam tu. Yang aku kecewa sangat bukan apa, kot ye pun nak dakwah, bukan islam ajar cara macam tu. Orang yang berbuat dosa pun allah sayang. Don't ever MENGHINA...!!..Tegurlah secara baik. Rasulullah suka ummatnya berlemah-lembut dalam tingkah laku. Biar berhemat. Jangan "terjun" jer...Bukan nak sebelah mana2 pihak. Tapi anda bijak anda fikirlah.

 Babak pura-pura pengsan sebab kantoi..ishk3..femes tak pasal2..

WHY??
Kerana boleh jadi orang yang dihina atau berdosa itu, ditarbiyah allah dan bertaubat, manakala allah memberi ujian kepada orang yang "macam baik" memandang serong kepada yang tak baik. Orang baik boleh jadi tak baik. Orang tak baik boleh jadi baik. Kena ingat tu. Sebab "Hidayah milik/hak allah" kepada hambaNya yang terpilih.


Sekarang ni memang banyak. Ok, untuk tujuan tarbiyah. Tapi kalau tarbiyah tu nak canang muka dia 1 dunia camne diorang nak berhadapan dengan dunia. Baru nak cari hidayah orang cakap macam2 sebab masa lalunya. Sebab tu lah sekarang ni, banduan/pesalah/orang yang buat salah, diblurkan wajahnya, dirahsiakan identitinya supaya tak adalah susah diorang nak cari makan. Soal nak buat jahat balik, itu masalah dia. 
Kita menjaga aib orang/ hamba allah, allah akan membalasnya dengan menutup aib kita.


Menjaga aib orang sama erti mejaga aib sendiri. Buatlah apapun cara nak dakwah. Janji jangan sampai menjatuhkan maruah orang. Islam tak ajar la beb...Kesian lar..Kalau diorang masih tak insaf, itu urusan dia dengan allah, yang penting pendekatan kite guna untuk tarbiyah mereka. Dan kalau diorang dah insaf??Satu dunia kenal dah "minah2 mamat2 itu."Jangan sampai diorang dibuang keluarga. Tidak dimaafkan dan sebagainya. Kesian sungguh. Kita bijak kerana ISLAM itu indah dan FITRAH. LENGKAP!! Termasuk cara nak tarbiyah orang. Semua ada. Jangan pandai-pandai buat mazhab sendiri. Kalau perkara tu jadi kepada family anda, ha...baru haru biru....Sekarang ni macam2 sangat dah..Kalau susah sangat, korang lukis jer la karikatur kartun. Tapi jangan over pulak. Kang disalah erti pulak.


Bicara Hati : salah tetap salah. Yang hak tetap menjadi hak, dan yang batil tetap jadi batil. Tak mungkin bercampur baur. Jelas itu!. Kadang-kala aku geram juga, sampai aibkan orang lain. Ha, lantaklah kalau mahu serbu ker, sergah ker, tapi yang tukang rakam merakam ni buat koleksi sebagai bukti ke??aduh...geleng sajalah. Sekarang ni asal buat apa jer nak rakam. Pastu buh kat fb la. Buh kt media la. Hurm,..Semoga kita sama2 berusaha mendekati yang benar menjauhi yang mungkar. Sebarang salah silap dari aku, silalah menegur. Sebab aku yang lagi banyak cakap ni lagi banyak salah walaupun tanpa sedar. Wallahuallam...

P/s : Setiap yang melakukan kesalahan, berbaliklah kepada allah. Sesungguhnya Dia maha pengasih lagi maha penyayang. Seribu dosa kita beri, sejuta kemaafan Dia beri, jika kita kembali kepadaNya dengan ikhlas dan insaf serta taubat nasuha...

Sunday, December 19, 2010

Cinta Itu Memang Bisa

Sudah lumrah manusia yang lahir ke dunia ini, diciptakan dengan naluri untuk dikasihi dan mengasihi. Erm....Apa yang menariknya, cinta ini memang bisa. Bisanya terkadang sampai merosakkan. Dr Afendi Pensyarah USM ada mengatakan bahawa perempuan sanggup menawarkan seks demi mendapatkan kasih sayang lelaki. Tetapi lelaki sanggup memberi kasih sayang demi mendapatkan seks. Namun!bukan semua seperti itu. Kalau semua seperti itu, maknanya tiada laki budiman di dunia ini dan tiada pulalah wanita suci. Yang dikatakan sanggup itu, apabila otak dan naluri itu sudah dikuasai oleh nafsu semata-mata.

"Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya. dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya. dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa semasa berkeadaan sempurna imannya. dan seorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yan merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya." 
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Seseorang itu tidak akan melakukan perkara sedemikian sekiranya sempurna imannya. Jadi tepuk dada tanya iman. Apa yang terpapar di media kini begitu banyak masalah muncul disebabkan cinta seperti kes bunuh diri, bunuh kekasih kerana cemburu, cium dikhalayak ramai demi membuktikan betapa besarnya cinta kepada pasangan, seks bebas tanda kasih dan sebagainya. Sungguh hebat penangan cinta jika tidak beralaskan iman. Oleh itu, tanyalah pada diri sendiri, apakah makna cinta itu pada hakikat yang sebenarnya??berikut adalah senarai kes popular disebabkan cinta (p/s: tiada niat mengaibkan siapa pun, jika ada harap di maafkan).

Kes 1 : Alviss Kong membunuh diri disebabkan cintanya ditolak beberapa kali oleh gadis idamannya. Akibat tidak sanggup menanggung derita, lalu menulis sekeping nota sebelum membunuh dirinya. 

Kes 2 : Remaja melayu islam bercium dikhalayak ramai gara-gara bergaduh untuk ke KLCC atau kekasihnya. Video dengan jelas dirakam oleh rakan teman lelakinya. Ya allah....astaghfirullah...semoga allah memberi hidayah kepada kita semua. Aku pun tak sanggup nak tengok. Terlalu jelas dan agak mengaibkan. Kesian mereka.

Kes 3 : Tetak bapa kekasih kerana halang bercinta. Suspek merupakan warga filipina berang kerana bapa kekasihnya menghalang cinta mereka. (setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka).

Kes 4 : Seorang lagi gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia hingga melupai keluarganya. Sebelum kahwin sehati sejiwa, sanggup hidup susah. Tetapi nah..sekali dah kahwin, baru tahu langit tu rendah ke tinggi. Hingga membuat aduan di kedutaan Malaysia di Indonesia kerana tidak tahan hidup susah. (sebelum berkahwin, buatmu wanita,..kau milik ibu bapamu,..faham..jadi jangan suka sangat buat hal. Nanti dunia akhirat tak aman)

Dan banyak lagi lah kes disebabkan cinta sampai tak terhitung dengan jari ini. Anda boleh baca di media.

Bicara Hati : Dalam diri manusia ini umpamanya mempunyai dua ekor serigala. Seekor baik, seekor jahat. Roh kita juga memerlukan makanan kerohanian. Jika terlalu banyak makanan tak elok diberikan kepada serigala jahat (dosa,nafsu,noda dll),serigala jahat akan terus membesar dan memakan serigala baik. Lama-kelamaan sifat mazmumah memakan habis sifat mahmudah. Jadi jiwa semakin menderita dan kotor dan daya ketahan jiwa semakin lemah. Oleh sebab itu juga berlaku banyak jalan pintas apabila Allah menguji iaitu bunuh diri dll. Sekian..