Thursday, March 31, 2011

Maafkanlah...(Lorekkan perasaanku)


Dingin malam ini aku rasa...sepertinya sedingin perasaan aku kini. Aku rapuh dalam langkahku. 
Aku cuba menjadi yang terbaik buatMu tuhan..
tapi seringkali aku tersungkur.
Maafkanlah Aku....
dan sekali lagi aku mohon maaf...
Aku..sekali lagi aku minta maaf...
Aku tahu...Aku ciptaanMu...
Aku tahu...
Aku sedar....
tetapi aku jahil. dalam dadaku,...aku cuma berharap...
berharap Kau tidak membenciKu..
Jangan benci kepadaKU...
Jangan tinggalkan aku..
Jangan....
Jangan tidak mencintaiku lagi....
dalam perjalan di pentas dunia aku jatuh...
mengalah kepada musuh..
membiarkan kau mencintaiKu tanpa ku sedari..
aku...
aku leka...aku lemah....
aku menangis sendirian...kala aku fikirkan kau tidak lagi mencintaiku..
tapi hakikatnya....
aku yang tidak pernah cuba mencintaiMu...
aku...
aku cuma....
aku cuma insan yang penuh pengharapan....
maafkanlah aku...
aku...
aku sangat merinduiMu...
tersangat....
hingga air mata pun tak mampu diseka...
maafkanalah....
maafkanlah aku...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, March 20, 2011

Hamba Apakah Aku??

Which one will i choose??
Aku buntu kini. Seharusnya jalan itu jelas!tapi sebenarnya kabur dalam diri. Oh!tidak mampu aku gambarkan bagaimana perasaan aku kini. Aku sudah semakin jauh. dan jauh. Aku semakin mengejar dunia dan seringkali melupakan bahawa dunia akhirat yang bakal aku jelajahi.
Aku juga masih ingat di mana hati aku benar-benar segar dengan Dia. Sepanjang petang hingga malam, aku bersujud kepadaNya. Aku sangat menyayangiNya. Hingga aku semakin dewasa aku semakin lupa padaNya. Hingga aku menuntut cinta selain dariNya walaupun cintaku padaNya entah di tahap mana. 

Aku masih ingat lagi, setiap kali aku ditimpa bencana, Dia selalu menyelamatkan aku. Dia sering bersamaku tatkala air mata kesedihan mencurah-curah ke pipi. Dia juga yang membalut segala luka di hati aku. Dia segalanya bagi aku. Tapi hamba seperti apakah aku ini. Sudah begitu disayangi, aku masih lupa pada Dia. Apabila aku bersama teman, bergelak ketawa aku lupa pada Dia. Apabila aku bersama insan-insan yang ku sayangi, aku semakin lupa pada Dia. Padahal nikmat kasih-sayang yang aku rasa itu sebenarnya terbit dari belas ehsanNya. Alangkah tidak malunya aku.

Aku menangis kesedihan sekarang. Kelemahan ku adalah cinta. Cinta yang sering membuat aku menangis. Cinta yang sering membuat manusia gila. Aku sebenarnya letih berperang dengan diri sendiri. Kadang-kala aku benci menyatakan bahawa aku puny perasaan cinta. Aku hanya insan biasa yang setia kepada insan terpilih tetapi mengapakah aku sering dilukai. Apa salah aku terhadapnya?Aku melawan dengan rasa tidak puas hati. Air mata aku selalu bergenang kerananya. Namun, dia seperti tidak punya perasaan. Sekian lama aku pendam luka di hati ini. Mungkin dengan melepaskannya aku akan aman dan hidupnya akan tenteram.

Aku belum bersedia untuk melepaskannya pergi. Tapi aku patut sedar siapa yang seharusnya aku cinta. ALLAH swt. itu CINTA ajaib yang perlu dimiliki. cinta agung yang tak pernah mempunyai penghujung. Aku berfikir panjang dan mungkin kerana aku terlampau menyayangi insanNya berbanding Dia. Oleh itu, diturunkan ujian buat aku. Supaya aku ingat padaNya.

Hamba jenis apakah aku ni??sudah aku dilahirkan ke dunia ini. DikasihiNya pula. DijagaNya. Tapi dosa dan noda yang aku bagi padaNya. Apa lagi yang tidak cukup. Apakah layak aku di sisiNya di akhirat kelak?ataupun layakkah aku melihatNya???

Tuhan,...mereka melukai aku lagi. dan aku rasa teramat sedih. Seperti tidak diperlukan. Tidak disayangi. Aku kembali kepadaMu. namun air mata lebih hebat mengalir. basah ke pipi. Mengenangkan bahawa aku sentiasa mencari Kau bagi membalut segala kelukaan yang di alami. Apabila sembuh, apa yang aku beri sebagai balasan??Aku lupa padaNya. Sudah diberi kesempatan hidup dan nikmat yang luas, Lupa diri lagi.

Sampai satu saat aku akan meninggalkan segala kenangan dan memulakan segalanya bersama Mu tuhan. Aku ingin memulakan kembali hubungan aku terhadapMu. Kau tuhanku. Aku hambaMu. Itulah hakikat yang tak pernah mampu diubah hingga ke hari kiamat. Aku cuma pengemis. Terimalah aku...

Mungkin selepas ini tiada lagi cinta wujud. Bukan kerana aku menolak, tetapi kerana tidak sanggup lagi aku menduakan cintaNya, andai diberi kesempatan untuk aku, Dia akan beri insan yang terbaik untuk menyayangi aku. Tetapi, aku redha saja dengan apa yang berlaku. Allah pernah menganugerahkan aku pada seseorang untuk dijaga dengan baik tetapi mungkin orang itu tidak sudi. Jadi mungkin sudah sampai masa allah mengambil kembali. Aku benar-benar ingin kembali. Aku penat berlawan dengan dunia. Biarkan aku di sampingMu tuhan.

Aku sudah tidak berdaya lagi. Aku lemah tanpa Mu. dan aku...aku,.aku tak tahu sampai bila aku mampu hidup. Semua ini kekuasaanMu. Mungkin hari ini kau sembuhkan aku. Mana tahu esok lusa kau...kau...mengambil aku kembali...Apakah keadaan aku ketika itu??melihat aku kini yang lupa padaMu..

tuhan,..aku rela lepaskannya. Mungkin tidak dapat ditukarkan dengan nyawa. Mungkin juga tak dapat diubah kenyataan itu. Masa aku pun semakin singkat..biarkan dia bahagia dan aku teringin melihat insan-insan ku kasihi bahagia. benarkan aku bahagia. Hidup ini singkat,..biarkan aku pergi bersamaMu...Kau lebih berhak...Kerana kau pemilik Ku..

Saturday, March 12, 2011

First Basic Project GIS Student


PEMILIHAN TAPAK (SITE SELECTION) YANG SESUAI UNTUK PEMBINAAN TAPAK REKREASI BARU MENGGUNAKAN GIS

Pengenalan

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan kaedah yang semakin popular digunakan dalam menganalisis fenomena ruangan yang berlaku di muka bumi ini. Ahli geografi menyedari akan kepentingan GIS dalam mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat terutama perkara yang berkaitan dengan keruangan. Dalam kajian ini, GIS merupakan analisis utama yang digunakan untuk memilih tapak rekreasi.

Sistem Maklumat Geografi merupakan satu sistem berkomputer yang memudahkan fasa kemasukan data, analisis data dan persembahan data terutamanya dalam kes yang melibatkan data georujukan. (Rolf A, 2002). GIS memudahkan analisis kawasan untuk pembinaan tapak rekreasi baru di kawasan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Data yang diperolehi mudah dimanipulasi dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif utama dalam kajian ini, antaranya ialah :

Mencari tapak baru yang berpotensi untuk membina tapak rekreasi di kawasan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Untuk memilih aktiviti rekreasi yang bersesuaian dengan lokasi baru tapak.

Untuk melihat kemampuan GIS dalam menyelesaikan masalah pencarian kawasan baru untuk pembinaan tapak rekreasi.

Ulasan Karya

GIS merupakan sistem maklumat yang berkeupayaan untuk memasuk, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang berkait dengan geografi atau ruangan dengan cekap. Ia boleh menyediakan rangka kerja untuk mengintegrasikan data dari pelbagai sumber dan masa, dan sebagai alat menganalisis ruangan (Ruslan dan Noresah, 1998).

Terdapat tiga komponen asas dalam GIS antaranya ialah data, teknologi dan institusi. Ketiga-tiga komponen ini saling berkait antara satu sama lain. Antara komponen terpenting dalam GIS adalah data. Tanpa data, GIS gagal berfungsi. Data merupakan asas kepada pemprosesan maklumat. Data merupakan nadi kepada GIS. Tanpa data, GIS tidak berguna dan berfaedah. Ini adalah kerana antara sebab penting sistem maklumat ini digunakan ialah keupayaannya untuk mengintegrasi, mengurus serta mengolah data ruangan dan bukan ruangan yang banyak dari pelbagai sumber dan jangka masa. Data juga mestilah dalam format, kebolehpercayaan dan had temporal diketahui (Ruslan dan Noresah, 1998). Selain itu, komponen yang penting adalah teknologi. Teknologi merangkumi perisian dan perkakasan. Contohnya, dalam kajian ini, perkakasan yang digunakan adalah ArcMap 9.3.

Melalui perkakasan ini, peta, jadual, dan sebagainya dapat dihasilkan dengan mudah. Selain itu, komponen organisasi juga penting kerana kejayaan GIS juga bergantung kepada struktur organisasi. Antara factor organisasi yang perlu dipertimbangkan dalam GIS adalah Objektif perlaksanaan sesuatu projek tidak akan tercapai tanpa personel yang berkemahiran dan mempunyai wawasan dan komitmen yang mantap di samping sokongan pentadbiran yang berterusan (Ruslan dan Noresah, 1998).

Dalam kajian ini tapak rekreasi baru dibentuk dengan menilai beberapa kriteria dengan menggunakan GIS sebagai mekanisme untuk menganalisis kesesuaian tapak baru bagi pembinaan tapak rekreasi baru.

Kriteria Majlis Perbandaran (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

Keperluan tanah lapang dan rekreasi amnya dirancang di dalam penyediaan rancangan struktur, rancangan tempatan serta pelan susun atur sesuatu pembangunan oleh pihak berkuasa perancangan negeri dan tempatan. Isu tanah lapang dan rekreasi awam sering dibangkitkan antaranya ialah perletakan yang tidak sesuai, saiz yang tidak berfungsi dan dasar yang tidak konsisten. Garis panduan ini disediakan untuk merancang keperluan tanah lapang dan rekreasi untuk semua jenis pembangunan.

Tanah lapang ialah mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.

Tanah lapang dan rekreasi adalah berkaitan. Ini adalah kerana rekreasi merupakan aktiviti yang dijalankan di atas mana-mana tanah lapang dan digunakan untuk beriadah.

Terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa untuk membina tapak untuk taman tempatan baru antaranya ialah :

Meliputi aktiviti-aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan yang menarik penduduk tempatan.

Mempunyai fungsi yang pelbagai seperti untuk bersukan, beriadah dan ruang untuk menonton secara terbuka (open air theatre).

Dalam atau berdekatan dengan pusat perkhidmatan atau pusat kejiranan dengan jarak lebih kurang 3 km (1.8 batu) dari kediaman pengguna.

Keluasan antara 8 hektar – 4 hektar (20 ekar - 100 ekar).

Menyediakan padang bola, gelanggang tenis, takraw, rekreasi, ragbi, badminton, hoki, bola tampar, bola jaring, kolam renang, kawasan taman dan padang permainan kanak-kanak.

GARIS PANDUAN UMUM

1. Perancangan TapakMemaksimumkan alam semulajadi seperti badan air, bekas lombong, saliran, bukit-bukau dan kehijauan dalam mereka bentuk imej kawasan taman.Membangun dan mewujudkan sistem taman dalam bandar yang seimbang dan berkualiti. Tapak rata dan berkecerunan kurang 9 darjah.

2. Komponen Tanah Lapang dan Rekreasi - Pelbagai aktiviti diwujudkan seperti padang permainan kanak-kanak, pasar tani dan lain-lain keperluan yang sesuai.

3. Keperluan Minimum Tanah Lapang dan Rekreasi
Kegunaan tanah lapang dan rekreasi dikira 100% tanah lapang ialah taman bunga awam, taman awam, padang sukan, rekreasi awam dan tempat makan angin. 30% tanah lapang dan rekreasi dalam suatu pembangunan bagi rizab dan tanah lapang.Saiz minimum tanah lapang dan rekreasi ialah 0.2 hektar (0.5 ekar).

4. Aktiviti dan Kemudahan Sokongan
Mesti sesuai untuk pelbagai golongan.Menyediakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan seperti pusat kajian, perpustakaan dan kiosk maklumat. 

5. Landskap – 50% dari keluasan tanah lapang dan rekreasi hendaklah merupakan landskap lembut dan 50% untuk ‘plinth area’.

6. Kemudahan Awam – menyediakan kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas awam, surau, wakaf, telefon awam dan ia perlulah mengikut pembangunan persekitaran.

7. Rangkaian Laluan Pejalan Kaki – kelebaran mengikut piawaian dan menghubungkan ke jalan raya.

Sumber Data

Sumber data yang diperolehi adalah daripada sumbangan Dr Narimah Samat. Antara data yang telah disediakan oleh beliau untuk membantu menganalisis data dalam kajian ini adalah:

· Data guna tanah

· Data jalan

· Data jenis tanih

Methodology




RUJUKAN


Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. (2005). Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Nagapramod Mandagere. (2008). Buffer Operation in GIS. United States: University of Minnesota.

Ruslan, R dan Noresah, MS. (1998). Sistem Maklumat Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Monokultur



Pertanian monokultur merupakan pertanian yang mendapat perhatian para petani moden pada masa kini. Monokultur dalam pertanian ialah amalan menanam dan pemupukan tanaman-tanaman yang mempunyai hanya satu satu spesies tunggal di sesuatu kawasan. Antara tanaman jenis monokultur adalah kelapa sawit, padi, getah dan sebagainya. Tanaman jenis monokultur lebih berorientasikan keuntungan kerana tanaman jenis ini boleh menjimatkan dari segi kos pengurusan, masa dan meningkatkan hasil pengeluaran. Contoh pertanian monokultur ialah padi, koko, kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Tanaman jenis monokultur mudah dihasilkan kerana bahan penjagaan yang digunakan untuk tumbuhan itu adalah sama, contohnya dari segi keperluan nutrien, jenis tanih, pengairan, kuantiti racun dan baja, ia digunakan dalam sukatan yang sama. Oleh itu, ia memudahkan para petani membuat perkiraan dan memudahkan dalam penjagaan tumbuhan berkenaan. Tanaman jenis monokultur biasanya melibatkan keluasan kawasan yang luas dan menggunakan modal yang besar. Amalan pertanian ini dianggap berskala besar. Contoh syarikat yang terlibat dengan pertanian monokultur adalah Syarikat Sime Darby yang melabur dalam komoditi kelapa sawit. Proses pemasaran dan pemprosesan juga sama kaedahnya yang dapat memberi keuntungan jangka pendek terhadap sesuatu firma.

Namun begitu, masalah akan timbul apabila tanaman menghadapi serangan penyakit contohnya bagi padi yang sering menghadapi masalah serangan karah padi, siput gondang, bena perang dan sebagainya mudah merebak. Ini kerana pokok-pokok padi adalah daripada spesies yang sama dan kebarangkalian untuk ia cepat merebak adalah tinggi.