Friday, September 28, 2012

Penjagaan Bibir



 Hey ladies semua, hari ni aku nak buat review sikit tentang lip tint. Sebenarnya dulu aku pernah test kawan aku punya lip tint. Sekarang aku sendiri yang beli. Actually dah lama dah ada lip tint ni di pasaran cuma baru sekarang nak femes. Seperti yang korang lihat dalam gambar di atas, aku beli Etude House Dear Darling Tint. Nampak macam merah kan? Tapi sebenarnya warna pink bila calit pada bibir. Sekarang ni musim korea. Jadi orang kita pun suka nak jadi comel macam artis korea. It made for 2 colour. Red and Orange. Nice!

Kelebihan :

Memang nampak nature apabila pakai pada bibir. And ia tak melekit. Baunya sungguh sedap cuma rasa dia tak lah sedap pun. Warnanya sangat cantik bila pakai. Tak tipu ni. Real nature colour. Smells sooo good.

Kekurangan :

Kering bibir kalau tak pakai lip balm. Juga ia TAK BOLEH KENA AIR. Sebenarnya ia tak berapa kena dengan aku. Aku ni suka basahkan bibir walaupun tak elok sebenarnya. Tambahan aku ni kuat makan orangnya. So, lagi cepat ia pudar. But seriously ladies, lip tint is more nature look alike than lipstick.


Cantik tak warna dia? Aku sapukan fully walaupun salesgirl suruh sikit jer. Rimas aku tengok warna tak sekata. Selepas sapu lip tint, aku sapukan lipbalm (boleh mengelakkan bibir pudar atau dullness).

Nature colour. Full cover.


So, inilah lip balm aku. Haruslah anda ingat, bibir pun perlukan penjagaan. Nak pakai lisptik ke, lip tint ke, apa saja pun pastikan anda pakai bersama dengan lip balm. Aku ada 2 jenis lip balm. 1. Seba Med. 2. Maybelline lip balm. Seba Med lip defense ni ada SPF 30.

Ia sangat sesuai untuk bibir kering dan merekah. Maybelline pun bagus juga. Masa aku pergi Sabah dulu, kulit kering betul. Jadi, aku sapukan Maybelline lip balm ni pada kulit kering kat muka ni. Kesannya, Kulit kering tu akan menggelupas dan gantikan kulit baru. Maybelline pn ada SPF 30. 


Kenapa perlu SPF?

SPF akan melindungi kulit dari segala ancaman pigmentasi dan juga untuk bibir, boleh mengelakkan daripada  merekah dan dull. Dull dull dull..dull tu pudar kot. hehe.

So, ladies, this colour are recommended for you and you'll be looking so fresh by nature red colour top your lip. See how nature it is. But be careful of water splash. Or your lips would lost their colour.

The truth is, our lip needs protection. Well siapa nak bibir merekah dan hitam kan??? So, try it. Buy it one~

Wednesday, September 26, 2012

Photo Make Up Editor


Haha..Photo Make Up Editor ni sebenarnya merupakan software cikai2 jer sebenarnya yang digunakan untuk edit gambar terutamanya gambar perkahwinan. Sebenarnya kalau kau perasan cik jah, gambar mekap pengantin kebanyakannya super perfect. Betol tak? Flawless sangat kan kulit pengantin tu. 

Sebenarnya sebelum print out sudah tentulah akan edit dulu. Takkan nak kasi gambar kelabu asap. Ye dak?
Gambar di atas aku cuma testing saja. Kalau buat betul2 of course cantik. PLASTIK sangat uollss...

Aku suka guna photoshop sebab boleh buat banyak effect. Ye lah, Aku cuma pakai DSLR Nikon 3100 je. Jadi kalau nak effect terlampau bagus tu dah tentulah tak dapat. So edit pakai photoshop sikit. Sekarang kau boleh dapatkan CS6 ok.

Ok, berbalik pada photo make up editor. Kau download ajer kat CNET. Situ pun banyak kau boleh dapatkan software free. Takpun kau google saja. Nanti jumpa. Tools untuk Make up editor ni memang kacang. Ada beberapa tools saja. Siap ada tools mekap lagi seperti lipstik, eyeshadow, skin care, compact powder dsb. Selain tu juga dia boleh reshape atau resize photo. Haha.

Tak payah kau pergi korea buat plastic surgery cik kiah oi....Kau edit saja. Mata jadi bulat ke, hidung mancung macam Pinocchio ke, dagu runcing macam witch ke..Whatever you wanna be....

Kalau siapa2 yang tengah on budget kawen tu lagi sonang. Kau mekap biasa2 saja. Then edit lah. Apa susah. Tapi kalau tangan kau pun macam orang ada penyakit Parkinson bila mekap baik kau suruh kawan kau  mekapkan atau upah mak andam saja. 

Ini cuma salah satu cadangan kepada ladies2 diluar sana nak gambar kahwin jadi super flawless gitu. See. Tak nampak pori2 pun. Software ni adik aku darjah 4 pandai buat edit juga. So, easy enough.

Good Luck Ladies!Lelaki nak mekap juga silakan. Tapi nanti aku akan panggil kau nYah~hehe

Sunday, September 23, 2012

Saturday Goodies Bag

Hi everyone. What of tired day. Well, today is Saturday. Yay!! As always i went to shopping. Today is Saturday. Actually my routine is simple. Weekdays i work in. Going work by morning, and rest awhile then cook for dinner. That's all. I doesnt have mood on weekdays. But Saturday is my day! Never ever one disturb me on my day unless i got outstation on weekdays. Well researcher never have stop their works ok.

Friday night i will be stayed up and watching movies or blogging. I'll do many things on that night. And tomorrow (on saturday) i woke up late. As usual. Then i went to shopping. Recently i asked my friend to join me. Hehehe.... After praying Zuhur i'll going to shopping complex or any place that i want. Mostly shopping complex. And i will going after zuhur till night. And i'll be make sure that on 10.00pm i will stay on my bed and play with my laptop (facebook,work, blogging, movies, editing etc). I will sleep late and wake up late (But will wake up for Subuh) then i'll sleep till the sun stand on my head!haha. On Sunday. I wash out my clothing. haha. Dry up. and fold it. Eat. sleep and rest enough to count the time of work tomorrow (monday).

Don't wanna talked too much! Let see what i bought.



Ok. Let see what is inside the goodies bag.



Haha..not really much. Still on budget. I have't calculate how much i spend for saturday shopping. But later..


Not much! see...^,^

Ok. Let see what items i've bought~Here you go.


Proviton capsule. Baik untuk orang yang kurus dan tak cukup zat. But not for me ok. This is for my friend. Dia kurang selera makan. So, hope got appetite to eat more and hope to be grow fat! This is just vitamin.


You can read the goods. Plus ginseng. This is one of supplement. Poor my friend. So thin, Like Tiang lampu!haha...The price quite expensive. But i think it below 50 ringgit. About 40 something i guess. Not remember how much i paid.

Ok. Next is 

Bio Essence Bird Nest Nutri Collaegen Whitening Advancer.


Ok. Aku beli Bio Essen dengan harga RM 47.90 di Watson Queensbay. This is promotion price and yet Bird Nest BioEs is the newest product Bio Essence. And it last longer. Boleh Baca kelebihan dia. Actually ia macam Toner juga tapi ia lagi advance dari toner. Also big pack!


Click the picture to read the goods.

Sebelum pergi kerja, sapukan saja pada kulit. Salah satu kelebihan dia adalah menegangkan wajah muka (konon). But it can protect skin from harmness. Depends on skin type ok. I just want moisturize my skin because work under aircond and Penang are so hot!So, my skin easy for dried. So, i applied this advancer then applied sunblock cream or sunscreen with SPF 57. hihi..I dont like pigmentation. Sorry!


Big Bottle. Last for 5 to 6 month i think.

Coming up is,...

 
Don't know what name of it.

Cekak rambut. Gelang. Scarf ring. Oldish??so??? Fashion doesnt look on time. As long as it nice and people love to see it. That's real fashion than people look on you with bluerrkk...haha...


Gelang tu aku pakai dengan apa saja. Tapi kalau bersukan aku tak pakai lah...Kau gila mek??foul!haha..
Oh ya  Scarf ring tu aku beli untuk pakai dengan tudung bawal aidijuma yang baru ku beli. Yay! 



So, for this items only RM6 ringgit after promotion. Cheap huh?

Next next next is......

EPO (Evening Primrose Oil).

You know mak nyah suka makan EPO taw. Aku tak kisahlah kau nyah. Duit kau kan. Ok. EPO sangat sesuai bagi kaum hawa. Ia boleh stabilkan balik hormon dalam badan. Kadang2 hormon dalaman kita ada kalanya cepat ada kalanya lambat. Pun elok buat yang tak stabil kitaran haid. Dulu aku ambil VCO. Sekarang EPO. VCO sangat bagus cuma mahal sikit. The price is RM 27.90 i guess. For two bottles. Promotion Pack! Get it fast!
1000 mg per capsule.

1 capsule per day because i don't have problem much. Ask doctor if u got problem. This is just supplement.

Free alot of Vitamin C. Haha.


Ok Next one is...

Hair Comb (Daiso Queensbay).

My comb lost so many teeth. hehhehe.. So, i bought new one at Daiso. Everything is RM5. I like this comb much!Why??because...easy to clean. haha.



Hihihi.....And soft too...=D

Next Please!


Haha...Jeans . Dark Purple! Haha..Promotion!

Nice!

Using Coupons then i got 20% Discount!!AHhh..crazy!

Next!~
Aidijuma Bawal. Inner. Seriously ladies, you should get it one. Only RM5. I'll show you how nice this. But later ok..

Inner segi tiga. Sangat lembut kain dia. Serius aku tak tipu. Nanti aku demo! Sangat cun beb! Rasa nak semua kaler! Serius gila! 

That's All.....The rest of things were be food and others like toothpaste, fruit, chicken chop, kebab and so many things. So, total is around RM190. Atleast i still got RM10 ringgit. Hahaha...Stupido!

Ok! Happy Weekend!!


Saturday, September 22, 2012

Aku Mengharap Kepada Engkau Ya Allah


Sesungguhnya Aku mengharap akan ada seorang lelaki yang menjadi khalifah buatku. Aku harap aku menjadi peneman buat hidupnya. Aku harap dia akan menjadi pembimbingku. Memegang tanganku untuk ke syurga. Aku berharap dia akan menjadi seorang insan yang baik kepada semua. Taat kepada Allah dan rasul. Aku harap aku juga akan mengikut jejak langkahnya.

Ya allah, Kau bukakanlah pintu hati si dia untuk sentiasa bersamaMu. Kau bukakanlah hatinya untuk merasai manisnya iman. Kau berikanlah dia kekuatan untuk sentiasa membasahkan bibir dengan alunan zikrullah dan sentiasa memberi hidayah buatnya. Kerana hanya kau yang mampu menjaganya lebih dari aku menjaganya. Mengasihinya lebih dari aku kasihinya dan mencintainya lebih dari aku cintai.

Ya allah, Terimalah taubat kami semua. Janganlah kau bebani dia dengan kesakitan dan kesusahan lagi. Berikan dia kesempatan untuk merasa dikasihi, disayangi.

Ya Allah, Aku sayangkan dia, Tapi aku tak mahu membebani diriku dan dirinya. Biarkan kami bersatu di alam perkahwinan jika itu jodoh kami. Redhakanlah hati kami jika kami tidak mampu bersama lagi.

Ya Allah..Kasihilah dia. Aku sangat mengasihinya dan aku berharap dia memperoleh syafaat di dunia dan akhirat. Aku memohon ya allah. Aku memohon supaya kau bukakanlah hatinya untuk menjadi hamba yang zuhud serta sentiasa bersujud kepada engkau.

Ya Allah, Aku berharap dia bahagia dunia akhirat. Kerana kebahagian dia sahaja mampu membuatkan aku turut bahagia walaupun aku tidak memilikinya. Aku cuma insan yang lemah ya allah. Kasihanilah Dia. Ringankanlah bebanan yang dia rasa. Jagailah dia kerana hanya engkaulah sebaik2 penjaga.

Aku akan pergi memperbetulkan diriku sendiri. Aku sedar aku juga masih banyak kekurangan. Ya allah, aku pergi dengan diiringi doa yang tulus bersamanya. Biarkan aku menanti dalam diam supaya aku sedar akan hakikat cinta itu. Kami luntur pada cahaya keimanan.

Ya allah jodohkanlah aku bersamanya jika itu pilihan terbaikMu. Aku mohon ya allah, jagailah dia. Jangan biarkan siapa pun menyakitinya kerana selepas ini aku akn pergi dari hidupnya.

Aku harap, dia akan kembali melamarku setelah die telah cukup sifat sebagai seorang khalifah yang mampu bergelar SUAMI. Amin ya rabbal alamin...

Tahniah Kepada Shila Amzah Untuk Kemenangan Asian Wave 2012


Tahniah kepada shila amzah. Suara mantap habis dalam Asian Wave. Bak kata orang, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Aku search persembahan di di You tube. Tapi yang jadi isunya tentang beliau menutup aurat. Very unrespect people. Isu agama pula jadinya. Kalau di you tube ada jugalah mangkuk hayun yang cakap dia tak layak lah, tak respect undang-undang negara oranglah dan sebagainya.

Namun.

Yang bercakap tu yang sebenarnya tak respect agama orang lain. Dia memang bagus. No wonder menang. Shila mengalahkan peserta dari Korea, Jepun, Singapura, Thailand dan...err..lupa dah.

Yang dari Malaysia ada seorang lagi berbangsa cina. Tapi tak fasih sangat menyanyi lagu Puan Siti kite. Tapi dia COmel! Aku lebih suka kalau suki yang pergi. Dia memang fluent!

Tengok!juri pun sampai meremang bulu roma dengar suara Shila. Kau jangan memain Jah. Kau rampas Thomas kan, Ha,..Sekarang kami rampas trofi pula, Jangan kau bising!



Aku pun seram dengar. She's good~Proud of us. Congratulation.

Juri pun dah over excited dah tu...See...She's good.

Friday, September 21, 2012

Unbreak My Heart

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms to hold me now
The nights are so unkind
Bring back those nights when I held you beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

Take back that sad word good-bye
Bring back the joy to my life
Don't leave me here with these tears
Come and kiss this pain away
I can't forget the day you left
Time is so unkind
And life is so cruel without you here beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Un-break my heart
My heart

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Bring back the nights when I held you beside me

Un-break my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out the door
And walked out of my life
Un-cry this tears
I cried so many, many nights
Un-break my

Un-break my heart oh baby
Come back and say you love me
Un-break my heart
Sweet darlin'
Without you I just can't go on
Can't go on....


Usah Diharap pada yang tak sudi. Biarkan mereka sekiranya itu yang dia mahu. Dan biarkan mereka pergi sekiranya mereka pun tak pernah endahkan kau. Sebab pada pengalaman aku, seseorang itu hanya akan menyesal setelah dia bertemu dengan seseorang yang lebih teruk dan barulah dia tersedar bahawa betapa baiknya kita terhadapnya.

Ikhlas itu bukan boleh diberi dengan hanya kata-kata. Tapi ikhlas itu boleh dilihat dari hati. Memberi tak semestinya harus meminta balasan. Kerana itu cuma menyakitkan. Belajarlah untuk ikhlas.

Aku cuba untuk atasi kesedihan yang melanda diri. Aku sangat sedih dan tak tahu bagaimana harus aku lalui hidup ini. Aku cumalah seorang perempuan yang mampu menyorokkan perasaan. Aku tahu aku muka tak ada perasaan. Tapi, aku sebenarnya berperasaan dan sensitif. Tak caya? Haruslah kau percaya.

Aku minta putus pun tak dipujuk. Malangnya nasib aku. Aku sedih betul sebenarnya. Aku tahu aku tak sempurna. Aku pun tahu tak ada siapa pun sempurna. Tapi bukankah manusia diciptakan bersama untuk saling melengkapi?


Bila cinta terlalu berat untuk ditampung. Lepaskanlah kerana cinta bukanlah bebanan. Jika cinta itu terlalu membebankan, itu bukanlah cinta namanya. Itu hanyalah ujian daripada Allah. Jika benar2 cinta, ia akan merasakan indahnya cinta walaupun ujian mendatang sekalipun.

Rasa tidak di hargai.

Biarkan saja mereka pergi jika sikap itu keterlaluan. Lepaskanlah. Jangan digenggam bara api lagi. Cukup dengan hanya kau ukirkan nukilan kasih yang terakhir buat  si dia. Kerana, ada seseorang yang menanti di belakang yang mampu membuat kita tersenyum suatu hari nanti. Usah di ratap pada yang tak sudi. 

Akan ada sampai suatu tahap, hanya penyesalan menjadi jawapan pada pengakhiran. Percayalah..

Thursday, September 20, 2012

Impian Yang Tak Akan Pernah Tercapai


Hai hai hai dunia. Selamat pagi semua. Hari ini aku kerja tanpa gangguan dan akhirnya mengantuk. Lalu aku pun pasanglah youtube dan telihatlah lagu Adira (Lupa tajuk dia, OST Awan Dania).

Untuk pengetahuan korang, aku sangat teringin nak jadi Pramugari. Kalau tengok syarat semua aku lepas. Tapi, malangnya sampai mati pun tak akan tercapai.

Sebab?

Akan tercapai sekiranya pramugari tu pakai tudung dan pakai skirt panjang/ seluar dan tak ketat sangat. Jadi, kalau peraturan itu berubah, insyaallah akan ku jadi pramugari. Tapi memang sampai bila2 pun tak. Pramugari haji pun terhad.

Salah satu sebab lain adalah pramugari memang best untuk kaki jalan macam aku. Melancong sambil kerja. Seronok tu.

Hati aku lagi membara bila ada kerja kosong pramugari Air Asia baru2 ini. Sesiapa yang rasa teringin nak jadi pramugari dan pramugara silakan datang untuk walk in interview pada 27 Sepetember 2012. Kata kawan2 aku tak usahlah jadi pramugari sebab nanti aku bakal jadi pensyarah (doktor falsafah la konon). Tapi aku lebih suka pramugari. Frust jugak bila aku naik flight kadang2 tengok ada pramugari tak cantik. Tak aci.

Nak kata berat tinggi semua dah lepas. Ayoyoooo....Ada juga aku tengok pramugari rendah. Mungkin domestik sahaja. Kira semua syarat lepas. Cuma aku tak sanggup lah nak buang prinsip dan undang-undang agama demi nak capai matlamat hidup. Macam teruk je bunyinya. Anyway...Allah knows the best for us. His planned was perfect for us.

Aku tak kisah pun. Itu cerita dulu.

Sila klik untuk besarkan iklan

Untuk lelaki tak apalah. Kemas je. Untuk perempuan aku no komen. Pandai2 lah pilih sendiri. Jangan kau rela buang tudung  and pakai skirt semata-mata nak kerja. Memang  kau cari nahas dengan Allah jawabnya Jah oi...

PEACE!





Monday, September 17, 2012

Tips Putus Cinta

Sedang menangis mengenang nasib yang melanda diri ini. Aku masih mengumpul kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Aku menangis sekuat hati (pondan sangat) demi melepaskan sakit yang aku rasa.

Namun, selepas puas aku menangis. Aku mula mentarbiyah diri ini supaya tidak terlalu kecewa dengan dunia. Lalu aku mula melihat dan berfikir akan ada lebih lebih dan lebih manusia yang sengsara di luar sana. Takat putus cinta tu apalah sangat. Betul tak?

Dah puas nangis? Dah puas bersedih???Jom tengok tangisan yang sebenar2 tangisan. Biar gambar sahaja yang berbicara.














Dah puas tengok?Tak cukup? Ha, lain kali saja aku sambung. Tapi untuk lelaki mahupun perempuan yang sedang heart broken konon tu, cukuplah kau tatap wajah2 dunia yang lebih sengsara. Mereka disiksa, berlaku peperangan, kehidupan mereka seperti ini bukan mereka yang minta. Palestine, Burma, Afrika dll semua menceritakan keperitan hidup. Walhal kita di sini setakat putus cinta pun sampai nak jadi gila, sewel, bongok dan ada yang siap nak bunuh diri lagi. Alahai...manja sangat. Campak kat bumi berdarah baru tahu. Nak mati sangat..hehe.

Anyway. This is my way to stop crying. Jika kita fikir kita ni tak bertuah dan malang, fikirlah bahawa ada lagi insan yang lebih sengsara.

Don't just waste your tear drop. Do something else. They also deserve to be happy even they are not. so, we live in comfortable, why must pretend that  we lost everything by broken heart. It worthless.