Tuesday, January 8, 2013

The Best Product For Skin Care 2012

Senarai produk kecantikan yang aku pilih adalah berdasarkan dengan apa yang aku telah gunakan pada tahun 2012. Mari kita lihat top 5 senarai terbaik produk penjagaan wajah.


5.Shiseido

Brand sangat bagus dan agak mahal. Thats why ia lebih gemar dimiliki oleh wanita yang telah bekerjaya. Ada pelbagai jenis penjagaan kulit, untuk anti penuaan, untuk kulit berminyak, memutihkan dan sebagainya. Sangat bagus ok! Cuma harganya tak compatible.

4. Bio Essence Bird Nest

Set bird nest ni mengandungi kolagen yang mana boleh menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan atau kulit berkedut. Botolnya sangat jimat. Tak semahal shiseido dan semua orang mampu memilikinya. Kalau nak wajah ada V shape, pakai Bioessence botol warna biru tu (lupa pulak namanya).

3.Skin Food

Produk ini sangat nyaman. Siapa yang pernah gunakan Skin Food sangatlah nak beli lagi. Produknya based on tumbuh-tumbuhan. Sangat bestlah. Cuma harganya sedikit mahal. Tapi ianya berbaloi sebab sebotol tu boleh bertahan berbulan-bulan lamanya. Botolnya juga semua comel-comel dan baunya yang sedap. Produk ini keluaran Korea. Bila dah start pakai tentu dah jatuh cinta nanti. Tak percaya cubalah.

2. SK II Facial Treatment Essence

Inilah produk Jepun yang menjadi kegilaan wanita. Satu botol FTE saja mencecah ratusan ringgit. Tapi boleh tahan lama sangatlah. Tak rugi sangat sebenarnya. Kalau nak kesan yang lebih bagus, pakai semua produk SK II. Produk ini memang akan buat kulit kita lembap saja. Kalau kulit kering, ia akan menampakkan kita lebih tua. (Ini fakta tau). Cuma baunya kurang sedap, maklumlah ianya adalah pitera iaitu semacam jenis yis yang terhasil daripada beras Jepun.


1. Hada Labo Whitening Lotion (The Best Skin care)

Produk yang paling latest aku beli adalah Hada Labo Whitening Lotion. Mula-mula pakai memang tak rasa apa. Tapi bila bangun tido esok pagi, kulit lembap dan berseri saja. Lain kali aku akan buat sedikit review tentang produk Hada Labo. Tambahan produk ini mudah didapati di drugstor (Watson dan Guardian). Harganya juga sedang-sedang sahaja yang mampu dimiliki oleh semua orang. Oh ya ini produk daripada Jepun cuma kilangnya ada di Singapura, China, dan sebagainya. Nantikan review untuk produk ini.