Thursday, February 28, 2013

Online Shopping Again!!

So, today i wanna shared something i bought from website. Online shopping was the one of my hobby. It saves my time but not my money. Ok, let see what i've bought...


tarraaa....



1. Fellina Inch Loss.
For me,.it works. Tapi kau kena tunggulah. Dan rajin2lah buat senaman kellogs. Yang penting konsisten. Tak perlu heavy exercise pun tak apa. Aku beli daripada blog easyslim8783. 2 botol RM120. So, 1 botol RM60. Setiap botol mengandungi 180ml. Jimat duit okey!. Buat sang boroi dan buncit, eloklah memakainya dan rajin2lah buat senaman sit up. Al maklumlah umur da suku abad, perut pula maju ke depan!ok, this product RECOMMENDED.! (4star ****)




2. Pure Marine Collagen Gold.
Semua orang semakin menggila nak cantik sekarang ini. Pure Marine ni adalah kolagen asli yang memerlukan kau rendam dan masak. Jadi kenalah rajin2. Khasiat dia membantu meningkatkan metabolisme, mengecilkan pori muka dan sebagainya. Aku belum cuba, tapi kawan aku buat mask memang menjadi,.so RM 18 sekotak. Tapi kata penjual, yang kaler purple lagi bagus, RM 25. Lagi berkesan katanya. Aku beli 2 kotak. Kerisauan juga terasa apabila aku rasa laut tak semestinya bersih selalu. Tapi tak mampulah nak beli kolagen botol tu. Mahal cik jah....Lagipun ia juga ada ancaman kimia..Jadi tawakal to allah saja lah untuk sihat.Produk ni aku beli dari website Beautify You Full. STILL TRYING (3star***)




3. Sabun Susu Beras.
Emm.....sedap gilos baunya. Pandan dan beras baunya. Produk ni aku beli 1 dozen cuma RM 29 ringgit je , 3 dozen RM 80 daripada Website Mohaya Beauty. Rasa nak gigit, nak kekoh, nak telan ajer.. Fungsinya untuk memutih dan melembutkan kulit. Aku suggest pakai kat badan sahaja. Kalau kau nak pakai kat muka pun elok, cuma kena rajin letak moisturizer sebab produk yang ada agen pemutihan ni akan mengeringkan sedikit. Ianya tidak merbahaya sebab aku alergik pada sabun yang mempunyai banyak fragrance dan kimia. Aku cuma boleh pakai jenis antibacteria. But once i try, it wasnt harm my skin. So aku tak gatal2 bila pakai. So, this product RECOMMENDED!! (4star ****).




4. BB cream Super Beblesh Balm.
Aku beli daripada Beautify You Full juga. RM 25. Ia nya original. Boleh rujuk belakang botol. Made from Korea. BB cream yang memang super bagi aku. Sangat best! Banyak function. Kalau korang beli kat Watson agak mahal. Kawan aku beli kat watson Hotpink Super Beblish Balm RM 70++++ So, rugi jer. Aku beli kaler oren. SPF lebih tinggi dan still hot items di pasaran. Cubalah! Cara pakainya ko just pat jer kat muka macam kau pakai skin care. Mudah saja. Teksturnya juga lembut. Mula2 pakai macam bercapuk,.Tapi beberapa minit kemudian ianya sangat melting dengan kulit kita. Hotpink tu juga best cuma spf lebih rendah. This product RECOMMENDED!(5star*****)

That's all for today....

Have a nice day!XOXO..~

Friday, February 22, 2013

Kesan Sampingan Rebonding

credit : Google

Sedang mengeringkan rambut, aku terbaca satu article tentang rebonding dari website indiparenting tentang kesan sampingan daripada rebonding. Semua orang nak rambut cantik molek jer kan? terutamanya perempuan. Macam aku, walaupun bertudung aku tetap nak rebonding sebab rambut kusut. boleh patah sikat aku. Tapi sebelum tu aku cari dulu maklumatnya.

kesannya.:

1. Rambut akan mudah rapuh dan memerlukan penjagaan yang berterusan. Kau tak boleh ikat rambut dalam tempoh bulan pertama termasuklah pin rambut. So, tak boleh kacau kalau tak result tidak memuaskan.

2. Bila kau perm, kadar kepanasan tu sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan kulit kepala. Kalau rambut panjang, lagi lama kena perm dan perlukan lebih banyak bahan kimia. Bahan Kimia dan Kadar Kepanasan sampai berpeluh2 kau...boleh menyebabkan kesan pada kulit beb. 

3. Selepas 6 bulan kau kena buat regular treatment. kalau tak buat rambut kau akan start buat hal. Kan rambut akan makin menumbuh. Kalau perasan kan, perempuan yang selalu rebond rambut akan botak tengah bila da tua, cer tengok nyonya2. Kan kau perm tengah kepala yang akan terima kadar panas lebih tinggi berbanding dengan bahagian kepala yang lain.

4. Akar rambut akan jadi lemah disebabkan oleh kekerapan melakukan treatment (6 bulan sekali) yang memerlukan kau pakai bahan kimia tu dan seterunya kau akan mula mendapat 1 lagi bala iaitu keguguran rambut.haha.

5. Kalau kau salah pergi salon, berkemungkinan rambut kau akan makin lebih teruk. Make sure yang bertauliah ok.

6. Kena pakai syampoo khas untuk rebonding. Complete set ye. Kalau tak jaga, rambut akan lebih buruk daripada sebelum kau rebond. Krinting .


p.s: Sebelum kau rebond, fikir masak2 dulu. Aku tak tipu..Ini memang kajian sahih daripada omputih.hehe.All the best guys...

Tuesday, February 5, 2013

Aku Cuma Seorang Perempuan


Cerita kali ini mengisahkan antara aku dan si dia. Sebenarnya, tak perlu diceritakan pun, tapi memandangkan blog ini dah rupa macam diari aku, jadi bolehlah aku nak mengadu sikit sebanyak kat blog  ni. Aku kadang-kadang cemburu melihat orang yang sentiasa berhubung dengan orang yang disayanginya. Tapi aku?jarang sekali. Alasannya sibuk. Kadang 2 hari sekali. Kadang 3 4 hari sekali. Yang terhegeh2 cari dia,.aku juga. Fine lah kalau kau busy saja. 


Aku sering menangis sendirian. Menunggu dia mesej atau telefon. Tapi tetap tak ada. Aku kan selalu ceria ketawa mengilai macam hantu. Tapi bila aku sedih,..tuhan saja tahu. Pandai aku berpura-pura. Walhal banyak perkara menyelubungi aku. Kadang kala aku rasa tak dihargai, tak diperlukan, dan aku bukan sesiapa pun. Nak cari kekasih lain,. aku ni mana reti nak berkawan sangat dengan lelaki. Tapi semua ni aku serahkan kepada Allah sahaja. Moga Dia memberi jalan yang terbaik untuk aku. Becinta jarak jauh aku tak kisah. Tapi apa yang aku kisahkan mengapa perlu abaikan perasaan aku semata2 lihat aku ni kuat orangnya?Aku tak sekuat yang disangka oke.....Lepas penat nangis, aku pun oke macam biasa.huhuuhu


Aku rasa aku dah banyak berkorban untuk dia. Tapi dia tak reti nak hargai pun. Dan aku tak minta dihargai, cuma cukuplah menjaga hati dan perasaan aku. Aku cuma manusia biasa. Aku pun sensitif walau dasarnya macam iron man je. Bila aku tengok orang bercinta whoahh memang romantik tahap gila babu. Aku ni jangan kata romantik. Berhubung pun tidak. Dia tu tak lah hensem. Pun tak kaya langsung. Gaji cukup2 makan saja. Pelajaran lagi rendah dari aku. Bak kata semua lagi bawah lah dari aku. Tapi sikit pun aku tak heran sebab aku terima dia seadaanya. Tapi dia tak pernah faham apa yang aku rasa. Aku nangis dalam setengah jam macam hujan lebat lepas tu ok lah. 

Sebenarnya apa saja di dunia ini tak ada jaminan. Kau kaya ke miskin ke, lawa ke hodoh ke, semuanya sama. Semua akan diuji tuhan. Aku rasa Allah selalu menguji aku untuk aku lepaskan semua cinta tipu dunia ni supaya aku berbalik padaNYA. Al maklumlah...aku ni lalai orangnya. Muka pun dah nampak otai apatah lagi perangai yang tah pape aku ni.

Aku kuat! Sebab tu lah Allah sentiasa uji aku. Andai tak ada jodoh sekalipun. Aku tak kisah kot. Lagipun bukan selalu berhubung pun. Baik aku berbakti kepada tuhan  dan keluarga aku. Nak nangis berapa lama lagi? Sampai tangki air penuh???come on lah!!!

Yeahh!!i'm ok now.! Umpama rechargeable battery kan? ha ha ha....



LIFE IS WAR. ONCE YOU STEP DOWN YOU'LL BE LOSE.~HOHOHO~




Monday, February 4, 2013

Marathon Diet


Hooreyy!!! *fireworks**

Aku kebuncitan. Yes! Alat penimbang menunjukkan aku sudah 63kg. Fuh. Itu masih tidak menakutkan aku pun yang sebenarnya. Tapi yang paling menakutkan adalah kebuncitan dan lemak yang menggelebeh. OH.~~~ di situlah baru timbul keinsafan menjaga diri sendiri lalu aku pun melakukan pecutan dengan had laju yang paling laju didunia. Mari kita lihat diet maraton aku.


1. Jaga Makan.

Kurangkan makan ikut sesedap mulut. Aku kurangkan makan benda merapu. Banyakkan makanan berkhasiat seperti sayur, sup, buah dll untuk memastikan sistem dalaman badan ini berjalan dengan lancar. Kurangkan pengambilan ais. Banyakkan mengambil air suam. Mudah saja kan...Aku juga kurangkan mengambil bersusu krimer pekat seperti nescafe ais dan teh tarik. Ummphh sedap tu. Tapi kena ingatlah. Kita ni makin tua. Penyakit pun senang datang. Makan sarapan pagi, tengah hari dan malam. Start jam 7 jangan ambil makanan yang berat dan tinggi kalori. Amalkan meminum air kosong.

2. Bersenam.

Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah bersenam atau bersukan. Aku perlu bersukan sebab sepanjang hari mengadap PC saja. Tegang urat leher ni. Jadi senaman juga  boleh merilekskan diri dan mengurangkan lemak pejal selain membuang toksin badan melalui pepeluhan. Tak susah pun. 3 hari seminggu. Sehari setengah jam saja. 

3. Fellina Inch Loss


Agak panas jugalah pakai ni. Tapi depends on kau punya jenis kulit dan lemaklah. Kawan aku pakai tak panas. Tapi aku pakai panas. Aku baru saja berjinak-jinak pakai. Aku beli RM70 percuma sabun susu beras yang berfungsi memutihkan kulit. Sabun tu memang gila sedap baunya. Rasa nak gigit2 je. Bau pandan dan beras. Sedap!

4. Korset Bamboo


Memandangkan aku ni boyot. Jadi aku gabungkan Fellina Inch Loss dengan korset dan berjoging. Fuh kalau korang konsisten buat ini 1 bulan tiap2 hari, selain jaga makan, korang memang boleh turun 7kg aku boleh bet. Janganlah hangat2 taik ayam je. Korset ni aku beli RM80 2 helai. Yelah...nak basuh.......ada spare....Ini korset penuh taw. Bukan untuk perut sahaja. Boleh atasi kebuncitan. Macam aku.


Nak kurus tak boleh malas. Lemak dah tebal dan liat nak buang baru tahu betapa susahnya nak berjalan. Aku mengalami ketidakseimbangan ketika berjalan. Jadi, inilah insiatif yang aku buat supaya aku kembali cergas dan sihat. 


Selamat Mencuba...XOXO~

Sunday, February 3, 2013

I'm Back With Freshness

Sekadar Gambar Hiasan


Long time i didn't update my blog. Actually i was busy with a few things like my work, my study and also my own life. The last outstation is Flamingo Hotel. That was the last time i'm stacked with those work. NOW,.! I'm Free..Oh even only for awhile. Actually Flamingo Hotel is suitable for Tourist in Penang. Nice room, food and also near with Feringghi Beach. That's why i saw many tourist there.

Back to my story, i was busy working with my lecture's data. But it wasn't too bad actually. Last January would be the last day of my contract. So, after this, i must catch up with my schedule for phd milestone. I was so happy with the ending of my work. But it wasn't last. My phd delayed for 7 month because im so crazy to earned money. Now, i swear i would accept any job anymore. Probably. Hehehe,..

I don't care with those people who had a lot things to do something waste about me like talking behind, critics, back stabbed etc, because my brain now was bleaching by new freshness. I take a rest since 1st Feb. Now i woke up in the middle of night and start my new status as A FULLY RESEARCH STUDENT.

What i learned about my environment life is, no matter who you are, how far you go, how high you climb, you should remember where you came from. I saw a few of my friend being such a jerk because of  high education and knowledge. Yeap..that's jerk..No need to be such irritating because you were smart. Just being an ordinary person. AM I RIGHT??

~XOXO~