Wednesday, March 6, 2013

Kisah Aku Anak Melayu Campa.



Adalah Sebaiknya membaca buku sejarah berbanding dengar aku merepek.

Kisah ini aku nak kena buat note sendiri supaya aku tak lupa sejarah asal usul aku pada suatu hari nanti. Kena catit walau ingat2 lupa. Tadi aku tengok TV9 tentang Melayu Campa. Aku tanyalah mak aku pasal ni. Aku ingatkan mak aku ni pure kemboja ayah aku Melayu Campa, rupanya dua2 sebenarnya Melayu campa. Lalu aku juga ingat keturunan melayu campa ni kemboja kacukan melayu. Rupanya tidak….ada kisah disebalik itu,.panjang lebar juga mak aku bercerita. Aku ni umur dah 26 tapi buta sejarah lagi. Sangat teruk…
Ini yang aku Berjaya save as dalam otak aku sebelum diserang virus lupa. Petikan dari cerita my lovely mom…
Pada zaman dahulu kala, ada 2 adik beradik dari tanah melayu merantau ke serata tempat. Aku tak pasti sama ada berdagang atau mencari tempat. Tapi kedua beradik ini terpisah kerana yang sorang tu telah jumpa kawasan baru untuk didiami. Dia bangunkan kawasan itu. Manakala yang seorang lagi terus menetap di tanah melayu. Ini cerita zaman beratus2 tahun dulu. Lepas tu dia kahwin dengan orang kat situ dan lama kelamaan keturunan melayu campa ni meluas dan luas akhirnya jadilah ia kawasan yang makmur yang diberi nama negeri Campa. Negeri campa ni maju dan islam sepenuhnya. Semasa pemerintahan yang ke berapa entah, Vietnam mula bermuslihat. Masa dulu, kawasan Vietnam kecil saja. Tapi dia cuba untuk tawan Negara Campa tapi sering tak Berjaya. Tak tahu kenapa selalu gagal, mereka pun hantarlah perisik iaitu puteri Vietnam untuk dikahwinkan dengan pemerintah Negara Campa. Kemudian, dia pun carilah punca mengapa Negara Campa ni payah untuk diserang. Akhirnya dia temui kuncinya iaitu sepohon pokok besar yang menjadi guard kepada Negara tu dan pemerintah itu sentiasa mendapat mimpi sekiranya peperangan akan terjadi. Pokok itu ditanam, disemai dan disayangi. Kemudian puteri Vietnam tu memujuk suaminya itu untuk tebang pokok besar tu. Katanya pokok tu ada penyakit and perlu dicantas..ada la kisahnya aku pun tak paham sangat. Mitos or ape ni. Sampai masa nak tebang, askar2nya menangis kerana sayangkan pokok besar itu.
Kemudian tak lama kemudian, Vietnam serang dan pemerintah Negara tu tak dapat apa2 mimpi atau signal lalu kalah. Semua rakyat melayu campa dihalau ke merata tempat ke pelusuk dunia ni. Ada yang ke Thailand, Kemboja, Laos, China dll dan ada juga masih bersaki baki di Vietnam. Bangsa melayu campa ni ada di banyak Negara Cuma dah tak ada Negara. Kadang2 macam yahudi dan Palestine pun ada. Itu pasal kawasan Vietnam tu besar sekarang. Kalau tengok sejarah, tengah2 vietnam tu lah Negera campa. Keturunan ayah dan mak aku pula lari ke Kemboja. Maka, mereka ini entah generasi ke berapa puluh dah. Mak aku tinggal dalam kelompok orang kemboja. Jadi dia fasih berbahasa kemboja mahupun campa. Ayah aku pula dia duduk di kawasan yang ada orang campa. Jadi dia tak berapa fasih kemboja. Tapi bila kahwin dengan mak aku, dia pandailah…


Tuol Sleng..(Pukul Mati)..Iya la kot maksudnya macam tu.


Next story…Kisah kedatangan masyarakat melayu campa ke Malaysia.
Pada zaman 1970an kalau aku tak silaplah. Kemboja ditakluk polpot. Kisahnya bermula macam ini……….

Pada zaman 60an, kemboja diperintah oleh …er lupa nama. Pemerintah ini seorang yang lalai dan suka berhibur. Memang kalau memerintah tu FAIL lah…Hinggakan pemerintahan diambil alih oleh tentera. Kemudian dia lari ke China. Berkomplot dengan China untuk takluk Kemboja. China berjanji bagi kuasa balik pada dia dan sebagai tukaran China akan jajah Kemboja. Mereka mulakan rancangan. Kemudian askar komunis China  yang dinamakan pol pot mula masuk ke Kemboja. Lalu buat serangan hujan peluru berpandu. Canggih ooo….Akhirnya rakyat dan askar angkat bendera putih. Sebab lagi melawan makin ramai yang terbunuh.
Kemudian pol pot ambil alih ibu kota. Mulanya mereka mengumpulkan semua duta di airport untuk dihantar balik ke Negara masing2. Selepas itu, mereka halau semua masyarakat di Bandar. Bertempiaran lari. Banyangkan macam K.L tu diserang dan orang lari lintang pukang. Dasyat kan? Itulah keadaan ketika itu. Dengan kepadatan orang dan diserang tiba2. Siapa sahaja yang lawan, akan dibunuh. Nyawa orang macam nyawa binatang aje dibuatnya. Uhh…sadisnya…
Ketika peristiwa itu, mak aku tolong nenek angkat aku  (nek perak) di kedai runcit. Manakala atuk dan nenek aku pula di tempat lain. Atuk aku pergi mengail. Mak  aku tak nak ikut sebab takut naik bot. nenek aku pula  ada urusan. Akhirnya mereka terpisah. Kedai mak aku pergi tu di Berek askar. Sebab abang ipar nek perak ni ketua general. Jadi mereka tinggal situ. Mak aku ni kecil lagi,. Duk main dekat situ,.mereka berdua lari bertempiaran sebab berek askar…..polpot tak suka askar..sesiapa yang jadi ancaman, mereka akan bunuh. Tak sempat bawa apa2 semua lari lintang pukang sehelai sepinggang. Larilah mereka ke mana saja asalkan tidak dibunuh. Mereka ke sana ke mari cari pelindungan.
Bermulalah kisah keperitan hidup mereka. Yang kerja kerajaan ni ditahan, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh polpot. Macam keluarga mak aku ni banyak yang kerja kerajaan termasuk atuk dan nenek aku yang kerja sebagai guru. Mereka lari ke perkampungan2. Lalu orang kampung ni bila orang Bandar mula masuk kampung mereka memberi maklumat kepada polpot bahawa orang kerajaan ada menyorok di situ, polpot akan datang ke setiap kampung untuk mencari orang kerja kerajaan untuk dibunuh kemudian mengumpulkan tengkorak mereka di markas mereka iaitu Tuel Sleng. Dengan berdaging dan berdarah lagi disusun di tuel sleng. Kejam gile. Tapi atuk dan nenek aku terselamat. Tetapi saudara mak aku yang lain sudah mati di bunuh. Tapi mak aku dan atuk nenek aku terpisah. Masa tu umur mak aku 6 tahun. Kesian sangat…menteri dalam negeri dibunuh dan diseksa dengan kejam…aduuu….korang pergilah melancong ke kemboja,..pergi tempat yang dipanggil tuel sleng…kemudian lihatlah tengkorak yang disusun. Darah dilantai. Katil elektrik. Tukul besi, kapak, tempat penggal kepala dll. Nescaya barulah korang tahu betapa berharganya sebuah kemerdekaan dan keamanan.
Polpot tak tahu nak buat apa dengan rakyat, dia hantar segerombolan rakyat pergi hutan (ala2 hutan grik) termasuklah mak aku. Pergi bangunkan kawasan hutan. Kerah tenaga buat pertanian. Tak pergi kerja boleh kena bunuh. Bubur diberi 1x sehari dan bekasnya sebesar beberapa sudu sahaja. Kalau nasi boleh tahan. Ini bubur….gila….kerja dr pukul 7 pagi sampai 11 malam. Sangat sedih…mak aku kurus kering dan sangat kurus…mereka terpaksa makan apa saja kerana kebuluran dan kepenatan. Tikus, ular, cicak, biawak dll. Polpot tak bagi memasak. Kalau tahu kena bunuh. Jadi senyap2 saja. Mak aku makan apa saja. Petik daun pokok makan. Tikus, katak, kera, dll. Kecuali babi. Memang azab hidup mereka. Kerja berat2 tapi makanan Cuma beberapa sudu bubur. Tak cukup zat hingga semua kurus kering.
Ini pula kisah ayah aku. Ayah aku kematian ahli keluarganya yang tinggal Cuma dia dan kakaknya. Semuanya sudah dibunuh oleh polpot. Kejam betul.
Aku Tanya kisah mak cik aku (kakak ayah)…mak aku cerita kenapa dia kaya bila datang Malaysia.. Dulu mereka diserang di hutan. Kawasan tu luas. Ada la dalam beberapa ratus orang. Masa tu mak cik dan pakcik aku sedang memasak. Dah 2 hari kebuluran. Jadi mak cik aku memasak apa saja. Dia ada baby yang di dukung dan anak yang berusia 10 dan 12 tahun kalau tak silap. Ketika pol pot datang, bunyi tapak kaki berderu2 pak cik aku detect lah. Dia jerit dekat bini dia.. Lari2!!lari…!! masa tu askar dari Vietnam dah masuk untuk hulurkan bantuan sebab hunsen pergi minta bantuan dari Vietnam. Jadi masa tu isteri dia tak tahu sama ada askar yang datang tu yang baik ke yang jahat. Dia tak nak berganjak sebab kelaparan dan nak makan. Ayahnya lari bawa sorang anak lelakinya yang umur 12 tahun tu. Last2 masa serangan, betul pun itu askar polpot. Yang anak umur 10 tahun tu perempuan. Dia merayu2 di kaki pol pot..jangan bunuh mak nya.. tak takut mati..menangis2. tapi pol pot ni macam yahudi lah. Mana ada rasa belas kasihan. Dia hentak dengan belakang senapang sampai retak 2 tempurung kepala. Walau tak berdaya dia bangun lagi. Tak mati lagi,..dia bangun lagi…tarik2 kaki mak polpot sampai nangis minta janganlah dibunuh emaknya..dia sayang mak dia…menangis dan sedih sangat dengar cerita..pastu mereka cucuk dada budak tu guna senapang yang ada pisau kat depan tu sampai tembus ke belakang. Kemudian jatuh tak bangun dah.
Tak lama kemudian pakcik aku kembali ke tempat tu balik untuk cari anak isteri dia. Isteri dan baby dia mati dibunuh. Tapi anak dia yang perempuan tu tak jumpa mayatnya. Rupanya allah telah selamatkan budak perempuan tu. Walaupun tenat, tak tahu macam mana dia boleh berjalan hingga ke suatu kawasan lalu diselamatkan. Ayahnya tak putus asa. Cari anaknya di merata tempat. Akhirnya jumpa juga. Tapi tak tahulah berapa lama masanya. Sebab budak tu tak kenal ayahnya. Kesian sangat. Sampai sekarang ada lagi parut di dadanya dan kepalanya. Kalau ikut logic, budak tu memang dah mati. Tapi tuhan panjangkan umurnya.
Banyak kisah di sebalik kehidupan sepanjang pemerintahan polpot. Kejam dan tak ada peri kemanusiaan. Mak aku terpisah dengan atuk dan nenek aku berpuluh tahun. Kesiannya..sebab tu lah aku ada nenek angkat di perak.
Hunsen ni orang yang berpihak pada pol pot juga, tapi mungkin sebab jumlah kematian terlalu meningkat mendadak hari demi hari, jadi dia pergi Vietnam untuk dapatkan bantuan.
Kalau pergi di Tuel Sleng, ada beberapa orang selamat kerana belum sempat dibunuh sebab askar Vietnam dah sampai. Aiyoo….di tuel sleng tu, mayat yang dibunuh perlu dilukis. Itulah pasal ada gambar2 kematian mereka. Aduu…tengok pun ngeri…
Selepas polpot berundur, banyak Negara luar mula mengambil rakyat kemboja untuk dijaga. America, kanada, Australia, Perancis dll termasuk Malaysia. Tapi Malaysia Cuma ambil yang islam sahaja dan kesemuanya berketurunan melayu campa. Lalu inilah sebab mengapa kami di sini….mak aku kan ikut nenek aku kerana dia telah terpisah dengan atuk dan nenek aku semasa serangan.
Manakala ada sedara aku yang lain pergi ke kanada, Australia dan perancis. Ada yang tinggal di laos, Vietnam dll. Nek long aku pilih Australia. Aku Tanya mak, kenapa mak aku pilih Malaysia, mak aku cakap dia ikut saja. Tapi nek perak tu tak nak ikut kakak dia pergi Australia sebab dia takut jadi kafir. Dah la pengetahuan islam ciput aje. Ada sepupu mak aku dah menetap di perancis dan rasanya ada kakak dia ke kanada. Mereka dijaga oleh kerajaan Negara sana. Macam nek long, kan suaminya ketua general. Walaupun dah mati, dia mendapat pampasan tiap2 bulan. Kaya raya duk Australia tu. Tapi tu lah..anak2nya semua dah jadi mat salleh. Laki dia meninggal dia kawen lain kalau tak silap. Anak semua kacuk mat salleh dan kawen dengan omputih da semua. Jadi, Alhamdulillah mak aku tercampak di Malaysia. Sadis sangat cerita..masing2 punya cerita…bila di Malaysia, mereka ditempatkan di kem dekat cherating. Kemudian  setiap mereka diberi rm200 lepastu pandai2 lah nak hidup.
Berbekalkan 200 tu lah masing2 memulakan bisnes. Sebab itulah kami sinonim dengan perniagaan. Kerana itu saja yang kami mampu.


Bersambung.....

Friday, March 1, 2013

Roommate Problem



Sepanjang bertahun2 lamanya aku tinggal di Penang, banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku. Kawan2 yang bermasalah, hidup yang terumbang ambing dan sebagai. Macam2 ragam.. Hari ni saja dua kawan aku bergaduh. Haih...Kalau dah namanya roomate, pasti ada salah faham yang berlaku. Aku cuma doakan semuanya selamat sahaja. Iyelah..Aku takkan sebelahkan mana2 pihak. Sebab dua2 pun kawan aku sungguhpun aku pun ada perkara yang tak puas hati. Well...kawan tetap kawan..isnt it..

Aku risau juga kot ada cedera ke apa ke...Tapi so far so good. Aku pun tak tahu. Kisah problem dengan roomate aku pun bermasalah juga. Bertengkar macam kucing masa 1st year dulu. Dijadikan cerita, aku fikir masalah takkan berpunca dari sebelah pihak sahaja. Aku tahu aku banyak buat kesilapan.

1. Bila roomate nampak OK,.kamu harus hormati dia walaupun dia cakap tak apa.

Tak tutup lampu pun tak apa, on phone malam2 pun tak apa, cakap kuat2 pun tak apa, bawa kawan lepak dan ramai pun tak apa, guna barang dia pun tak apa...TAPI...Harus fikir dulu sebelum buat. Fikirlah walaupun seems OK, it doesnt mean she/he got no feeling. Semua ada privacy masing2 yang wajib dihormati. Jangan bila orang cakap ok kau buat onar pulak. Naik kepala pula. Respect privacy dia. Nak cakap phone slow2 dan sekejap jer. Kalau rasa nak bergayut sampai pecah phone, bek ko ckp kat luar saja, kalau rasa nak karok dengar lagu, baik ko pegi pusat karok lalak sorang2 tak ganggu orang lain, kalau dia nak tidur, tutuplah lampu buka lampu meja. 

2. Hidup bersama harus berkompromi dan banyak bersabar.

Hidup sebumbung dengan seseorang sememangnya sukar buat yang memang tak ngam. Apa yang korang boleh buat adalah cuba bersabar sehingga kesabaran hilang, tegurlah elok2. Jangan maki hamun atau memulakan pergaduhan, atau api yang kecil boleh membakar rumah. Jika tiada penyelesaian juga, pindahlah bilik. Semoga segalanya baik2 saja. Tak jadi roomate tapi masih boleh jadi kawan.


3. Jaga had sebagai Roomate.

Buat had. Jangan usik barang orang sesuka hati. Jangan buat sesuatu yang buat orang rimas. Kalau boleh jangan pegi tempat dia. Biarkan meja dia walaupun bersepah, sebab itu dia punya pasal. Jangan busybody ok!Aku dulu pun memang tak pernah pergi dekat dengan kawasan roomate aku. Phone dia berdering pun aku tak pernah angkat. So, korang paham2 sendiri lah ye. Jangan over sangat.

4. Be gentlemen,.
Jangan tunjuk kerek, cakap besar and kacau roomate dengan bercerita tiap2 masa. Mereka pun ada benda lain nak buat dari melayan korang. Tengok situasi. Dan elakkan tunjuk eksen sangat kat roomate konon2 kau ni hebatlah kaya lah itu lah ini lah. Ia boleh mendatangkan meluat pada kawan tu. Bersederhana itu sudah cukup. Jangan buat onar.

Apapun yang berlaku hadapilah dengan tenang. So far, aku dapat roomate yang sangat memahami. Dan aku perlu respect roomate aku, privacy dia, masa dia dan apa saja tentang dia walaupu  mereka sangat ok. Kerana seksa betul hidup jika dapat roomate yang tak berapa nak betol otaknya.

ok.Sekian.
p/s:: Jadi orang yang menguasai dunia dengan minda. Bukan merosakkan dunia dengan tangan. XOXO~~chaoww..