Saturday, November 16, 2013

Bajet untuk Petunangan. (PROJEK 31.03.13) SIRI 1



Ollahhh...lama aku tak meng'update' blog yg semakin usang ini.. Sebenarnya ini gambar lama. Buat tatapan pada diri sendiri. Actually bagi aku majlis pertunangan ni sebenarnya janganlah dibuat besar-besaran sangat. Buat ikut kemampuan dan syarak. Sebab,.pertunangan itu harus dirahsiakan dan perkahwinan harus dihebahkan. Hidup perlulah mencari keberkatan.

Masa aku bertunang dulu. Aku tak hebahkan pada sesiapa kecuali teman yang rapat sahaja. Aku rasa insecure bila hebah sana sini. Yelah...kawan aku yang duk asyik tayang sana sini kekasih and tunangnya last2 putus jugak. Malu jugak. Lagipun jangan ditayang sangat dosa tu terutama di facebook. Selagi belum jadi suami isteri, jangan nak sebuk2 bersayang2an sangat..Orang lain baca pon blh menyampah cik jah.....

Back to My old story, pertunangan ni kami buat untuk 100 orang tetamu saja. Al-maklumlah kecoh sangat pun buat apa. Kalau aku nak kahwin nanti aku kecohkan ok. Plan asalnya nak family saja. Aku kat penang pun tak buat apa persiapan pun. At last masa nak balik baru family aku tanya itu ini. Kalut la oiiii....Mak aku ni kawannya ramai. Ayah aku pun sama. SO,...kalau ajak sorang, mesti yg tak diajak tu kecil hati.. Penyudahnya ramai pulak yg diajaknya... Tambah keluarga dari pihak lelaki yg seramai 17 orang. So,.dalam 100 lebih kot aku agk lah...Semuanya last minute punya kerja. Aku ingatkan majlis tu merisik saja. Tapi kene jadi risik dan tunang sekali. Kalut malut aku dibuatnya.

Ini senarai yang aku sempat buat :

Hantaran Perempuan untuk lelaki :

Baju tunang : RM 79 (Butik First Lady).

Veil : RM 10 (mana2 pun kau blh cari)

Tudung/selendang : Free (kawan aku sedekahkan).=p

Make up : RM 100 (nanti aku cerita ttg mekap) - beli product and mekap sendiri.

Bajet kenduri : RM1100

Pelamin : tak sempat buat

Bunga tangan : RM 4.90 (Beli sejambak artificial bunga pastu gubah sendiri).

Hantaran : Sejadah dan kain pelikat (romate aku bg sumbangan);buah (RM20);biskut dan coklat (ihsan dari romate aku juga.);kain mahal untuk nikah nanti (ihsan dari mak aku yg cantik). Sireh junjung (jiran aku kasi, tunggu aku gubah jer)....

Sewa Par dan Alas : RM3x7dulang= RM21

Bunga Artificial dll untuk gubahan hantaran : RM 20

Crown dll yang berkaitan : RM 15.90 (kat Maydin)

Hantaran Lelaki untuk aku pula : 

Bajet perjalanan keluarga lelaki : RM1000 (laki aku tanggung sume T.T) Ini termasuk tol, minyak, makan di perhentian dll cost.

Hantaran : Buah RM20; Kain Pasang RM25; Coklat RM20; Tepak sireh (pinjam jiran dia jer)..

Gubahan Hantaran : RM 250.

Cincin Risik dan tunang : RM 290 (belah rotan; risik)..RM470 cincin tunang (beli kat poh kong).

KCINGGG....!!!!!

Jumlah Lelaki : RM 2075
Jumlah perempuan : RM 1370.80

Jumlah bersih : 3445.80

Actually pihak lelaki mahal tang kos perjalanan dan barang kemas jer. Tu sampai beribu juga. Kalau korang nak, korang boleh aje cut cost. No problemosss....Ini berdasarkan bajet aku je lah. Kalau korang nak buat besar2ran its up to you..Bagi aku tunang ni is not big deal. yang penting kahwin tu..Very2 big deals....so, Ini kami buat atas kemampuan kami....Oh ya, Jangan lupa ambil gambar ya...!













Sekian Saja. Gambar malas nak upload banyak2. Aku pun tak sempat sangat nak bergambar...Alhamdulillah...semuanya sudah selesai...

P/s : Buat ikut kemampuan, sebab kita tak tahu sampai bila kita akan hidup senang. Jadi belajarlah berjimat..=p

No comments: