Friday, February 14, 2014

Ketinggalan Flight!

Once upon a time when i looked like a makcik!

Well, hari ni aku nak cerita sikit pasal menaiki kapal terbang. Agak jakun aku nak cerita. Tapi percayalah..berapaka kali pun aku naik, aku tetap lupa bagaimana prosedurnya. Iyalah, setiap kali aku naik flight aku just follow kawan aku jer. So aku kepala otak melayang2 time kt airport. Everytime kat airport macam tu. Tujuan aku tulis tentang ni sebab aku sendiri nak take note. Aku ni pelupa orangnya. Selama ni aku travel ke sana sini memang mudah. Ada kawan kan??? So now aku nak cerita pula, dulu aku selalu book firefly. Sebab aku tinggal di dungun, jadi flight terus ke Terengganu tak ada, jadi aku naik firefly penang-kuantan (1jam 5 minit perjalanan). Standard hargalah..dalam RM80-100 camtu je. Tak mahal pun. Kemudian, dari kuantan aku ambil bas ke dungun (3jam perjalanan). So, tak perlu naik bas duk asyik tingtong and take time for 10hours or more.
Aku adalah manusia yang sangat clumsy dan cuai. Kalau without kwn aku, aku pasti ngam2 je tiba di airport. Kalau ada kawan aku, 2 jam die dh tercegat kat airport tu. So, aku tak akan lewatlah. Baru2 ni, aku burn 3 tiket flight KL-penang. Damn! Tahu kenapa?sebab aku kan suka buat suka suki..ikut hati.hahaha. suami aku dah bising. Membazir. Buang duit je. Dia tak bagi aku naik flight lagi.
Aku bukannya orang kaya sgt nk naik flight ke mana2 aku nak pergi..oh no no no…~aku Cuma tak nak gaduh dengan org bas. Iyalah aku ulang alik KL-penang sangat kerap. Dia ambil aku di shah alam memandangkan rumah tak jauh sangat pun dari sana. But, service die hampeh! Aku nak cakap, selain bas transnasional dan SP Bumi, aku tak pernah jumpa dah bas yang on time. Contoh, tiket jam  8.15. bergerak dari stesen 9.30. sampai ke klang dalam 10 lebih..ting tong sana sini akhirnya sampai jam 5 petang..gila lama ! aku maki2 dalam hati. setiap kali naik bas aku akan gaduh dengan orang. So sebab tu lah aku TERPAKSA naik flight.
Flight yg paling bagus aku naik adalah MAS. Service bagus and everything sgt teratur. 2nd service yang paling bagus ialah  Firefly. Yeeelahh..firefly kan anaknya MAS. jadi harga dia taklah semurah air asia. Dijadikan cerita, baru2 ni aku nak balik jumpa suami aku. Dia cuti awal sempena raya cina. Aku ni sebab dah selalu naik firefly sangat, aku tiba di airport penang ngam2  1 jam before boarding time. So aku nak pegi check in. you know, there is no one there.hahaha..aku nampk kat skrin..Counter close.huh?? aku dengan muka2 blur lg igt “takkan tak buka lagi??” (punyalah bengap). Aku merayau sana sini. Dah 45 min bfore boarding. Then aku rasa pelik, aku pegi tanya staff..mereka cakap,.kaunter dah tutup dari tadi dah cik..glurrpp…ottookeee…aku nak balik gila time tu..menangis2 aku sorang kat situ tertinggal flight..aku call semua kawan aku time tu but no one answer. Mayb malam raya cina,.all people getting tired of fireworks. Maybe they are having sleep on early night.  Waduhhh..teksi pulak rm30. Dah la aku datang flight pakai teksi. Pergi pun teksi, balik pun teksi. Pokai beb.!bukan jauh manapun~ staf air asia kata aku boleh naik flight paling awal jam 5 pagi kaunter buka. Tapi kena bayar penalty. Adoiyai..duit lagi. Tapi aku tak boleh sabar. Sebab suami aku tunggu aku beb!dia siap masak lagi and tak makan dari siang sebab nak tunggu aku balik and makan sama2. Sebak aku nangis2. Mekap pun habis cair.hahaha. kalau aku bayar penalty and tunggu kat sana sampai jam5 aku pun seram. Bukan ramai orang mcm kat LCCT. Aku tetap nak balik jugak. Tak mahu harap flight dh.lantaklah..bukan tak biasa burn tiket.
Dengan duit yang tak berapa ada, aku call teksi buat rayuan sikit rm25 lah..so dia kesian and kasi kurang. Dia kata after jam 12mlm memang harga lain..huhuhu…aku pulak sengal, pergi ambil flight last sapa suruh. Ni semua laki aku la ni. Nak ambil flight awal takut dia kerja, tak dapat ambil pulak.
Dengan muka seposen aku naik teksi pegi terminal bas pulak. ada bas tambahan ke shah alam. Macam biasa ar..tiket jam 12.30 gerak pukul 2.30..ohh nak pitam aku. Aku call husband aku bebel2…dia cakap jangan banyak songeh…nak balik usm ke??ada bas tu bersyukurlah..aku dengan penuh sebak didada duit ngam2 soi je bawak. Burn tiket flight lagi. Bayar 2x teksi. Bayar tiket bas lagi. Macam2 berlaku. Aku serik untuk lambat..wuaahh..sedih beb. Tuhan je tahu…tapi akhirnya aku sampai juga Selangor jam8.30 pagi. Alhamdulillah. Aku pun dah tak nak ingat dah hal semalam. Aku pun gembira balik…
Now. Aku bertolak dari KL-penang pulak. tapi yang syioknya macam jakun pulak aku ni..ye lah. Selama ni orang lain yang tolong buat itu ini. Sekarang I’m alone. Aku dtg 1jam30min awal. Aku nak check in kaunter. Yang syioknya…asyik salah kaunter and muka blur. Memalukan betul . tapi aku kan muka tebal..no worry.. so last kaunter aku pegi dia ckp eh awak tak boleh check in sini. Kalau check in kaunter awak kena bayar. I asked. How much?? RM10. Kalau tak mahu awak self check in. but u have 13 min from now~ gilakk!!! Aku berlari untuk self check in..senang gila..sebenarnya aku dh belajar dari kesilapan hari ni. Mulai hari ini aku dah tak nak bergantng pada sape2.
Aku dah pandai naik air asia. Mudah je!
1.       Self check in system. Masukkan ic je.klik3.. Nanti terus keluar boarding pass. Yay!!kalau aku yg selalu lambat ni boleh juga online check in kemudian print boarding pass dia. Mudah!!
2.       Drop luggage. Bawak doc and Ic tadi pegi kaunter drop luggage. Kalau tak ada, .boleh terus ke balai perlepasan. Tunggu naik kapal je..!kan aku dh ckp mudah!!
3.       Sampai airport penang, ambil bas rapid no.401 to sungai nibong (sebab nak balik usm). Then dari sungai nibong ambil bas to sungai 2. Pastu dah sampai usm!
4.       But for those yang nak ke destinasi lain dan tak tahu mcm mana, ambil jer bas ke komtar.! Kat komtar tukar bas. Kau nak ke mana2 dalam penang ni pun boleh!

 Mudah kan?? Aku jer jakun dan pelupa! Selama ni asyik harap kaunter check in aje. Rupanya……..ada benda lain yang lebih mudah! Ahahaha..jakun sgt..!

5 comments:

Dz said...

kelakar baca cerita you. i thought i lah yg paling teruk. hehe. funny

Dz said...

oh.. i tgh ada kes sekarang ni. dah belly flight tiket utk balik ke kl. baru sedar, IC tertinggal di beg lg 1. skrg di sintok. apakah yang akan terjadi........

ariff said...

Assalamualaikum,
Tumpang tanya, kalau naik bas dari airport ke usm tu harga tiket berapa yer, pastu anggaran berapa lama naik bas tu utk sampai ke usm..
Sy ada orientasi kat usm ahad depan..
tq..

Liza Lizz said...

anggaran dia dlm RM 3.40 sen saja..tapi mula2 ambil bas ke sungai nibong.lepas tu turun naik bas ke usm sungai dua.anggaran masa tu sebenarnya bgantung kpd brapa lama awk tunggu bas.sy blk usm dlm 45 minit saja.sebab 2x naik bas.
airport -sg.nibong RM2
Sg.nibong - usm sg 2 RM 1.40 jer..

jimat!

Hamidah Hamid said...

assalamualaikum ..nak Tanya la ni ade lg tak flight firefly ke kuantan ...