Thursday, April 7, 2016

TTC JOURNEY 1 : Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Morning ladiesss…

Hari ni nak cerita tentang macam mana I pergi dapatkan treatment for infertility di Hospital Kuala Lumpur.  Anyway i kahwin dah 2 tahun lebih. sebenarnya setahun lebih pun dah boleh try kat HKL ni.Ni cara I buat.

1.       Call bahagian klinik infertility HKL tanya bagaimana proses dan borang semua tu.
2.       Dapatkan referral letter daripada klinik kesihatan.
3.       Buat call lagi skali untuk dapatkan appointment data.
4.       1st kaunseling atau perjumpaan pertama.


Mula2 call mereka akan cerita lah apa yang diperlukan..So, mereka cakap kena dapatkan referral letter dulu. Then I pun trus pergi klinik kesihatan Sungai Dua Pulau Pinang. FYI I dan Suami long distance relationship. Sorang duk KL sorang kat Penang memandangkan I study USM sampai tua. I selalu balik time subur. Tapi masih juga period. Tak lekat2 juga. Stress pun ada. Dekat klinik kesihatan Sg. Dua tu memang tiptop. I tunggu giliran jumpa doc x sampai setengah jam pun. Doctor kat sana memang best. And staff nurse dia pun semua best. Jarang nak tengok muka masam mencuka. That’s why I selalu pergi sana. Sebab I sukeee.. bila masuk bilik doc, mereka akan tanya, yaa puan,.ada apa masalah (very soft spoken). I pun cakap la, doc boleh ke sy dapatkn referral letter untuk sy dapatkan infertility treatment kat HKL. Sebab kalau referral letter kat swasta akan menjadikan treatment kita kat HKL tu mahal. So pergi saja klinik kesihatan kerajaan. Doc akan sangat memahami. So dia keluarkan surat and tanya sikit2 sejarah period, kekerapan dengan suami dll. Doc tnya sikit2 saja. Dalam tu siap doc tu tulis “help her until successfully conceived”.
Sebaik dapat referral letter tu I call HKL (infertility clinic) untuk buat appointment. Actually mereka tak galakkan call untuk appointment. Mereka prefer kita p sendiri. Nak buat camna. I kat penang time tu. Suami pulak kerja. Kalau lambat2 buat appointment, lagi lah lama nak dapatkan tarikh. Tapi boleh je call for appointment. Nurse HKL tu memang best. Tak banyak songeh. Siap gelak2 lagi. So I dapat tarikh dalam 28hb Mac 2016. Nak jumpa first appointment tu ambil masa sebulan dua gitu la. Nurse siap pesan nak 28hb tu bawak referral letter dan sijil kahwin.


28hb Mac 2016

Pergi HKL cari klinik reproduktif. Mula2 tergagau jugak. I mula2 pergi bahagian O&G. mereka check appointment dalam buku. Eh eh x ada pula. Dia kata betul ke I ada buat appointment. I cakap betul. **blur kejap*.. pastu nurse tu tanya hari tu call cakap dengan siapa. Aiyakkk camno den nak ingat. Bukan pernah jumpa or tanya nama. So I pun teringat reproduktif klinik..pastu dia oooo…jap saya cuba call sana check nama awak. So mereka check ada. So I pun pergi lah klinik reproduktif. Sebelah O&G tu. Masuk sana bagi surat referral tu. Tapi tak sempat nak fotokopi sijil nikah. Nurse tu mengusik haii awk dah bagi masa sbulan dua tu banyak dah tu masa. Boleh cakap tak sempat. Eh pandai pulak nurse ni gurau. Tapi kt mart HKL tu ada je tempat fotokopi. Untung bawa. Oh ya klinik reproduktif tu kecil aje. And jangan segan sebab tak ramai pun orang. Ada la dalam 5 6 orang. Semua senasib saja. Jadi tak ada segan pun.. Bukan kita sorang je nasib camni.
Dah bagi sijil nikah dan surat rujukan tu mereka ukur BMI (mujur tak lebih 30) . Oh ya fertility klinik HKL tak ambil patient BMI lebih daripada 30. BMI i 26. suami pun okay. I disarankan turun berat  (bmi 24)lagi sebab jika BMI I lebih 30 mereka tak boleh terima kes I lagi. And once I makan clomid (ubat hormone ) otomatik I akan gemuk or naik berat badan..glurppp….itu nurse tu cakap lah…
Pastu dia bagi borang suh pergi ambil darah husband and wife. Tunggu turn ambil darah pun tak lama. Masa tu dalam pukul 11.45. sekejap saja. Nurse yang ambil darah tu pun friendly. Senyum and tanya. First time eh? I sengih hehe..tua2 pun takut. Tempat ambil darah tu bangunan O&G. alah O&G dengan klinik fertility sebenarnya sebelah aje. Jalan 2 3 minit sampai. Dah siap ambil darah pergi balik klinik infertility tu. So nurse akan kaunseling and explain treatment kita. 1-6 bulan kita akn dibekalkan ubat clomid and try secara natural. Jika dalam tempoh tu gagal juga, mereka akan bagi IUI sebanyak 3x. kalau tak Berjaya juga baru diteruskan dengan ICSI (canggih sikit dr IVF). Yang peliknya tak ada pula kitorang kena bayar masa pendaftaran tu or buka fail. Free saja. Cost IUI 1 cycle rm5. Total Cost ICSI 1 cycle dalam 5k lebih. So far itu explanation dari nurse tu. Nanti nurse tu akan tanya sejarah kita, period, kekerapan, penyakit dll.
Ok setel explain semua tu, nurse tu kasi beberapa borang.

1.       Ujian darah (hormone level: :LH,FSH, prolactin dll) perlu ambil hari ke-2 or ke-3 period.
2.       Ujian darah (progesterone) cycle day 21
3.       FBC (blood count) blh buat skali ujian darah di atas.
4.       Sperm test.
5.       Appointment date dengan doc (ambil masa 2 3 bulan)

Oh ya, siapa yang belum buat pap smear. Perlu buat dulu.

Yang menjadi masalahnya aku kat penang. Letih mak jemah nak balik setiap minggu ulang alik gitu. Aku cuba nasib tanya dekat klinik kesihatan sg.dua. So masa aku period hari kedua aku pergi klinik kesihatan tu. So mereka cakap tak pasti boleh atau tidak tapi tak apa. Jumpa doc dulu ya. I tunggu 15min and masuk jumpa doc. Ish ish ish.. kenapa semua doc kat klinik kesihatan sg.2 ni bagus2 ya? Ya…apa masalahnya itu (sambil senyum). Aku cakap la doc boleh sy ambil ujian darah blallala hari kedua period? So dia cakap utk LH, FSH tu kita buat kat sini. Kalau yang lain saya perlu confirm dulu sebab biasa kita hantar pergi GH (Hospital Pulau Pinang). Aku dah lah tak kenal jalan pergi GH. Sebab tu pergi Klinik Kesihatan. So doc tu pun cakap tak apa sebentar saya cuba call makmal. Bila dah habis call doc tu cakap ok boleh tapi pagi sahaja before 10am. Sebab nanti kita akan hantar darah awak pergi GH. Result maybe 1-2 weeks. So doc tu buat note kat nurse appointment blood test keesokan pagi tu. I pergi buat appointment. Done.! Keesokan I buat blood test (period day 3 dengan FBC). After settle I pergi klinik ibu anak (bangunan sebelah) untuk tanya pap smear. Tak payah buat appointment pun. Dia cakap bila2 saja boleh buat. Ok cantik!. 18hb April I pergi pap smear. Semua RM1 je (pendaftaran). Ambil darah pun rm1 (pendaftaran). Kalau swasta kalau tak silap dalam 100 lebih. Pergi je klinik kesihatan. Service bagus. Nurse friendly. Doc pun very helpful. Bukan kena tunggu lama pun. Dulu I pun ada tanggapan negative dengan hospital government or klinik kesihatan (sebab pernah kena nurse masam mencuka, doc jenis tak endah). Tapi yang HKL and klinik kesihatan sg.2 penang memang tip top. Soal appointment lambat tu standard lah. Nama pun kerajaan. Murah. Tapi kualiti dijamin.

After settle blood day 2 period,pap smear, fbc, I tunggu ambil darah cycle day 21 pada 26hb april 2016 sekali dengan sperm test suami. After semua tu complete baru mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dengan doc. Nanti doc akan baca report kita. Oh ya HSG tak buat lagi sebab kena check dulu sperm suami. So far itu saja. Nanti apa2 I akan update yer…


Kawan I ada pernah suruh pergi LPPKN. Cost utk IUI almost 2k sekarang. Itu dah termasuk HSG, blood test, sperm test dll. LPPKN tak payah tunggu lama nak appointment. 

....bersambung....adiosss...xoxo~

1 comment:

Fitrinadia_Aidi said...

Salam Awak dah settle urusan amik darah semua kan..soalan saya..awak dah jumpa doc ke??untuk tahu keputusan darah awak tu??